Saturday, May 30, 2009

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

Mohd Sabri Said
Sat | May 30, 09 | 1:40:46 pm MYT

PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.

Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.

Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.

Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. - mns

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun

Basiron Abdul Wahab
Sat | May 30, 09 | 3:51:44 pm MYT

TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara berperingkat mulai 9 Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya Manek Urai ini amat penting untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang di perintahnya, lebih-lebih lagi di Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS.

"Pilihan raya ini penting untuk Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di Kelantan, kubu kuat PAS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri di pejabatnya.

Beliau berkata, Umno dijangka akan bertanding melawan PAS di Manek Urai itu kerana parti itu beranggapan pilihan raya kecil Manek Urai bukan suatu pembaziran berbanding pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Katanya persepsi berbeza Umno itu memperjelaskan strategi memboikot pilihan raya kecil di Penanti bukanlah disebabkan isu pembaziran sebagaimana disebut-sebut Umno sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS Pahang telah mengarahkan PAS kawasan-kawasan menyediakan petugas untuk berjuang di Manek Urai bersama petugas dari negeri-negeri lain.

"Kita menjangka kira-kira 300 orang anggota parti akan bertugas di Manek Urai itu mengikut giliran yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Negeri," katanya.

Ditanya mengenai persiapan beliau untuk Muktamar PAS Pusat di mana beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

"Perwakilan bebas memilih dan dipilih, kita tiada apa-apa kempen untuk merebut jawatan (walaupun kempen itu dibenarnya selagi ia berada diatas landasan yang sihat).

"Saya menerima pencalonan kerana menghurmati hasrat kawasan-kawasan yang mahukan saya bertandang jawatan berkenaan dalam muktamar kali ini," ujarnya.

Selain Tuan Ibrahim, dua lagi tokoh PAS Pahang yang bertanding di peringkat pusat ialah Ustazah Azizah Khatib Mat dan Dr Hamzah Jaafar. - mns

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

Roy Rasul
Sat | May 30, 09 | 2:31:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin berkata PAS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada 14 Jun depan.

Ini katanya, ia merupakan kubu kuat PAS bahkan PAS menang beberapa kali dalam pilihan raya umum di situ.

Tambahan pula ujarnya sentimen rakyat masa kini yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Sebaliknya beliau berkata, banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi kedua-dua faktor ini saya ingat tidak ada masalah bagi PAS untuk menang dengan majoriti yang lebih besar.

"Dan mungkin kalau alasan yang diberikan BN di Penanti itu membazirkan wang dan sebagai, maka ini pun baik juga jika mereka tidak bertanding sebab kemungkinan kalah itu sangat besar," katanya semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

Namun katanya, adat orang yang bertanding Umno akan berasa mereka boleh berjaya walaupun secara peribadi mereka rasakan sukar untuk menang.

Untuk pengetahuan umum katanya, sudah pasti Umno akan mendakwa mereka ada harapan untuk menang.

"Ini sesuatu yang biasa, mana-mana juga termasuk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, memang itu yang dikatakan mereka," ujarnya sambil mendakwa, lazimnya di mana-mana pun akan diperkatakan Umno.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Dalam pada itu kata Ghazali berkata, buat masa ini beliau tidak nampak sebarang masalah dihadapi PAS.

Melainkan katanya, pihak lawan PAS permainkan isu dalaman PAS antaranya ulama, bukan ulama, Erdogan dan sebagainya.

"Malah itu yang dipermain-main kemudian akan juga permainkan isu rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Seperti mana isu di Penanti dibesar-besarkan isu calon Bebas, Aminah Abdullah dan sebagainya.

"Ini hendak menunjukkan dalam Pakatan Rakyat pun ada rasuah, ugutan dan sebagainya, maknanya PAS bersekongkol dengan orang-orang ini," dakwanya.

Bagaimanapun dakwanya, isu dalam PAS sendiri mungkin orang akan melihat isu Erdogan dan sebagainya yang kononnya berlaku perpecahan.

Apapun katanya, pada pengamatannya PAS tidak ada masalah.

Menyentuh mengenai keghairahan Umno untuk bertanding di Manek Urai, beliau berpandangan, senarionya berbeza kerana di Penanti Adunnya meletak jawatan.

Kerana itu katanya, Umno menganggap sebagai permainan politik Pakatan Rakyat.

Sebaliknya di Manek Urai itu meninggal dunia, mesti diadakan pilihan raya.

Kerana itu katanya, tidak pelik berlaku masalah perebutan dalam Umno untuk bertanding sejurus parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di Manek Urai.

"Setiap yang bertanding itu berasakan mereka ada harapan untuk menang jadi kalau ada perebutan dalam Umno satu perkara biasa," katanya. - mns

Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai

Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai
Roy Rasul
Sat | May 30, 09 | 1:53:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu di Pagoh, Johor iaitu kawasan parlimen Menteri Pelajaran, Tan Seri Muhyiddin Yassin akan dibawa di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pula, kata Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI, Hasni Abas.

Katanya kepada Harakahdaily semalam, kempen yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara Dato' A Samad Said dan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dalam sebuah majlis ceramah untuk mencapai bilangan sejuta poskad itu diminta sendiri Ketua Pemuda PAS, Kuala Kerai, Kelantan.

"Insya-Allah, selagi kempen tersebut tidak dibatalkan kami akan teruskan ke Manek Urai yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 14 Julai depan," katanya.

Beliau berkata pada bulan Jun ini mereka akan melancar kempen tersebut di kawasan Lembah Kelang pula.

Menurutnya sejak dilancarkan kempen tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun poskad tersebut dijual dengan harga seringgit sekeping.

"Kita akan teruskan misi kita dan akan memberi pemahaman kepada rakyat agar PPSMI dibatalkan," katanya.

Beliau berkata kempen itu bagi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) iaitu dengan tanda tangan rakyat sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu. - mns

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali

Nyza Ayob
Sat | May 30, 09 | 1:47:11 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah jentera Pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Abdul Fatah Harun menyelar kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang dilihat cuba untuk menyatakan sokongan kepada Umno apabila mengeluarkan kenyataan yang sinis terhadap parti yang diwakilinya itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Jika betul kenyataannya itu, saya minta Umno atau Barisan Nasional (BN) 'menggunakan beliau sebaik mungkin' untuk berceramah di Manek Urai. Jika BN sendiri mendengar idea atau pandangan beliau, BN sendiri akan terperangkap.

"Kenyataan Ibrahim Ali memang tidak boleh 'dipakai'. Sebenarnya kenyataan Ibrahim Ali ini sudah tidak didengar oleh rakyat Kelantan. Rata-rata pandangan masyarakat melihat sudah banyak pembangunan yang dilakukan sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan. Begitu juga dengan kawasan Manek Urai yang kita lihat sudah banyak perubahan pembangunan yang berlau," tegas beliau sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu, dalam kenyataannya menyatakan Pilihan raya kecil Dun Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan PAS mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Beliau juga menyatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya PAS berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.

Ibrahim juga menganggap sepanjang PAS menerajui Kelantan, banyak perkara boleh dipersoalkan daripada segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri yang menurut beliau tidak menampakkan sebarang kesan. - mns

HARAKAHDAILY : SABTU 30 MEI 2009

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali
Mohd Sabri Said
2009-05-30 13:40:46
PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai ..






PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun
TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara be

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu di Pa

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah jentera Pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek U

Friday, May 29, 2009

HARAKAHDAILY : SABTU 23 MEI 2009 - PENAMAAN CALON PENANTI

Jangan terheret dengan permainan musuh - Salahudin Ayub
Azamin Amin
2009-05-29 01:11:37
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - "Ulama menjadi teras kepimpinan PAS. Profesional sebagai tiang seri manakala aktivis parti pula sebagai paksi perjuangan. Salah satu patah, PAS akan tumbang. Bermakna janganlah kita terheret kepada permainan musuh untuk memis..

Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - Dr Hatta
Azamin Amin
2009-05-28 14:10:33
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut. ..

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Dato' Husam Musa
2009-05-27 14:57:19
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul un..

Lanjut 6 bulan PPSMI, ahli akademik marah!
Nyza Ayob
2009-05-27 07:50:40
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Tindakan kerajaan melanjutkantempoh sehingga enam bulan sama ada akan meneruskan atau memansuhkandasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam BahasaInggeris (PPSMI) menimbulkan kemarahan Penyandang Ku..

Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob
2009-05-26 11:14:43
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding...

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan
Mohd Rashidi Hassan
2009-05-25 13:13:12
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan ..

Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
Wan Nordin Wan Yaacob
2009-05-24 07:58:47
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yangmemberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Meilalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan...

Penanti: SPR umum pertandingan 4 penjuru!
Wan Nordin, Azamin Amin, Sabri Said & Izwan
2009-05-23 07:16:50
Terkini|KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti akan ditandingi oleh 4 calon. ..

Keputusan Mahkamah Rayuan diatur?
Wan Nordin Wan Yaacob
2009-05-23 08:07:40
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' PadukaHusam Musa menyatakan beliau telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akanmemihak kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, dan hakikatnya benarapabila semalam mahkamah membuat keputusan sedemikian...






PAS yakin peluang pertahankan Dun Manek Urai cerah
KUALA KRAI, 29 Mei (Hrkh) - Biarpun tarikh pilihan raya kecil Dun Manek Urai lebih sebulan lagi, namun PA

Menteri Besar arah kerja merobohkan bangunan dihentikan segera
SHAH ALAM, 29 Mei (Hrkh) - 29 Mei (Hrkh) -Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua kerja merobohk

Qardawi sokong, kesal Mufti berfatwa tanpa periksa
IPOH, 29 Mei (Hrkh) -Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang melahirkan rasa sedih dan kesal deng

AMK bantah ceramah Umno di Penanti
PENANTI, 29 Mei (Hrkh) - Akibat terlalu teringin berceramah sempena Pilihan raya Kecil Dewan Undangan N

Anak-anak pondok Penanti bersedialah...
Mukanya bersih, cerah dan tenang. Sesekali tersenyum menampakan keramahan dan kesantunan. Begitulah sekali imbas

Debat politik wang - Zahid nafi sahkan kehadiran kepada TV9
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Menteri Pertahanan, Dato' Ahmad Zahid Hamidi menafikan pihaknya memberika

Najib digesa batalkan lawatan sambut ulangtahun hubungan Malaysia-China - Kamarudin Jaffar
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak digesa membatalkan lawatan ke

Kempen PRK Penanti, ahli MT KeADILan akan disiasat polis
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Akibat berceramah sempena kempen pilihan raya kecil Dun Penanti, Ahli

Dr Mansor umum 11 piagam untuk rakyat
PENANTI, 29 Mei (Hrkh)- Calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti, Dr Mansor Othman

Bawa balik Balasubramaniam, siasat semula akuan bersumpah!
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan Selangor menggesa agar pihak kerajaan dan Polis Dira

Khir Toyo mahu hapus tol, kini jadi pejuang rakyat?
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ber

Takut debat: Pemimpin Umno sudah hilang semangat 'jantan'
KOTA BHARU, 28 Mei (Hrkh) - Adakah pemimpin Umno sudah dirasuk semangat Penanti, apabila hilang 'jantan'

KDNK menguncup: Mahfuz tempelak Najib
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menempelak Perdana Menteri

Mahfuz minta Muhyiddin kaji semula keputusan had ambil subjek SPM
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengehadkan setiap pel

Umno hasut pengundi di Penanti tidak keluar mengundi
PENANTI, 28 Mei (Hrkh) - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali mendedahkan adanya u

Keluar beramai-ramai dan undi calon Pakatan Rakyat - Nik Aziz
PENANTI, 28 Mei (Hrkh) - Musyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak semua rakyat di Pen

Ideologi komunis, nasionalis perlu ditolak rakyat - Nik Aziz
KOTA BHARU, 28 Mei (Hrkh) - Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sebarang ideologi yang jel

Ulama 'pro-Umno' jangan cepat melatah - Hanipa
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Umno dilihat menggunakan ulama tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Ra

Minum kopi percuma, program satu hari warna hitam
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Program satu hari warna hitam yang dilancarkan oleh penganjur Program Puasa

'Penjelasan kenapa saya tarik diri' - Husam
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS Dato' Paduka Husam Musa memberi penjelasan bahawa beliau

Kewibawaan Petronas wajib dipertahankan
SAYA perhatikan ramai pemblog dan pembahas mereka telah mula membincangkan perkembangan di Petro

Penanti: Sepanduk menghasut, bencikan Pakatan Rakyat ditemui
PENANTI, 28 Mei (Hrkh) -
Tiga sepanduk dijumpai di beberapa persimpangan dalam DewanUndangan Ne

Akar umbi tentukan calon PAS pertahan Dun Manek Urai
KOTA BHARU, 27 Mei (Hrkh) - PAS Kelantan akan menerima pandangan peringkat akar umbi bagi menentukan calo

Umno turut adakan ceramah di Penanti
PENANTI, 27 Mei (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya begitu 'teliur' (teringin) menyertai

Lanjut 6 bulan PPSMI, ahli akademik marah!
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh sehingga enam bulan sama ada akan

Ketua kampung di Perak saman kerajaan BN
IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seluruh Perak tela

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya
IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal d

Wakil Hamas antara kenamaan di Muktamar PAS
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Wakil kerajaan Hamas, pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat serta beberapa

Umno-BN boleh tumbang dengan PPSMI
KUALA NERUS, 27 Mei (Hrkh) - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh tumbang dalam Pilihan Raya

Bila Najib diusir dari Seri Perdana
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Pu

Himpunan penulis muda bantah keras PPSMI
AKHIRNYA, Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN) baru-baru ini menyatakan dengan tegas bahawa mereka

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri
KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno

Pengundi Penanti berhak tahu penyelewengan pemimpin BN
KETEREH, 26 Mei (Hrkh) � Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu menutup diri daripada terdedah pelba

Terkini: Mustafa Ali umum senarai akhir calon bertanding
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS kali ke-55,Dato' Mustafa Ali

PAS kini di persada politik arus perdana
KUALA TERENGGANU, 26 Mei (Hrkh) - Kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat, ke

Sivakumar antara 19 yang ditahan, sedang siasat di IPK Ipoh
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Speaker V. Sivakumar adalah antara 19 orang yang ditahan oleh pihak polis k

4 calon Umno rebut tempat di Dun Manek Urai
KUALA KRAI, 26 Mei (Hrkh) - Biar pun tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai bel

Layakkah Ibrahim Ali label Pakatan hipokrit?
Tiba-tiba saja bersipongang di serata negara seruan agar semua pihak akur dan menghormati keputusan mahkamah.

Ringankan beban kanak-kanak, keluarga mangsa ISA
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Harakah dan Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (GMI) sedang gi

Umno buat rombongan 31 Mei, elak keluar mengundi?
PENANTI, 26 Mei (Hrkh)-Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu

Mohammad Sabu turut bertanding Timbalan Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan

Mogok lapar : Lima ditahan di Wisma DAP
IPOH, 26 Mei (Hrkh) - Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis

Aminah digesa balik tarik balik tuduhan - Saifudin
PENANTI, 26 Mei (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menyerahkan semua tuduhan calon bebas, Ami

Tengku Mahkota Kelantan dilantik Pemangku Raja
KOTA BHARU, 25 Mei (Hrkh) - Tengku Mahkota Kelantan kini dilantik sebagai Pemangku Raja memandangkan Sult

Ulama PAS perlukan perubahan
DUNGUN, 25 Mei (Hrkh) - Gagasan "Kepimpinan Ulama" yang dimulakan sejak tahun 1982 berjaya meleta

Isu politik wang hanya mainan media
DUNGUN, 25 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Muhammad Daud Iraqi menafikan membuat ke

Husam, Mahfuz sahkan bertanding
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa sahkan beliau akan bertanding ja

Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
JELI, 25 Mei (Hrkh) - Ketika Umno mengharapkan suntikan baru dengan pelantikan Dato' Mustapa Mohame

Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
PENANTI, 25 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pili

PAS Kuala Krai mulai gerakkan jentera pilihan raya
KUALA KRAI, 24 Mei (Hrkh) - PAS kawasan ini telah menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilih

Bekas Adun tabur semula janji lama di Manek Urai
KUALA KRAI, 24 Mei (Hrkh) - Umno Kelantan kini amat mengharapkan semangat Pengkalan Pasir pada 2005 berul

BN dan politik, perkara biasa di Malaysia
PENANTI, 24 Mei (Hrkh) - Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng berkata,Kerajaa

Tidak bertanding di Penanti, bukti BN makin parah
PENANTI, 24 Mei (Hrkh) - "Terima kasih Barisan Nasional (BN) kerana tidak bertanding di Penan

Kerajaan, OIC digesa selamatkan Masjid al-Aqsa
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) -Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) merasakan keprihatinan dan keb

Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
Buat pertama kali tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN), tentunya Pilihan Raya Kecil (PRK) N.12 Dun Penan

Tiada pemisah antara profesional-ulama
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Tiada pemisahan di antara golongan ulama dan profesional di dalam P

Warga Selangor kian selesa di bawah Pakatan
SELEPAS setahun dua bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor, rakyat dapat menilai pr

Mahkamah diperolok, kes Penanti dan rompakan di Islamic City!
Bukannya mahu merendah-rendahkan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang memihak Dr Zamry Abdul Kadir. Apat

Ribuan hadiri ceramah Anwar dan Nizar sempena PRK Penanti
PENANTI, 24 Mei (Hrkh) - Biarpun Umno/BN tidak bertanding menentang Pakatan Rakyat bagi pilihan raya keci

Hanya rakyat berhak tentukan MB, bukannya mahkamah
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa

Dr Mansor ada harapan cerah menang besar - Mat Sabu
PENANTI, 23 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu menjangkakan calon Parti Keadilan Rakyat (K

Penanti: Pakatan Rakyat ditentang 3 calon bebas
PENANTI, 23 Mei (Hrkh) - Calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman ditentang tiga calon bebas dalam

Kedudukan Ahmad Said makin jadi tanda tanya
Setakat ini belum ada pengumuman rasmi dibuat pemimpin tertinggi Umno berhubung kedudukan Dato' Ahm

Allahyarham Paksu Will tidak pernah kalah pilihan raya
Sekalung takziah buat semua pendokong PAS dan Pakatan Rakyat, terutama anggota keluarga Ahli Dewan

PAS kesal majikan larang pekerja bersolat
KANGAR, 23 Mei (Hrkh) - Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir

Penanti: Pakatan Rakyat menang 1-0 sebelum penamaan
PENANTI, 23 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat telah mendahului Barisan Nasional (BN) satu kosongdi Dewa

Penanti: Pengundi Cina sokong calon Pakatan Rakyat
PENANTI, 23 Mei (Hrkh) - Pengundi cina di beberapa tempat Jentera Daerah Mengundi (JDM) diDewan U

Manek Urai: Najib ditempelak cuba bohongi rakyat
PENANTI, 23 Mei (Hrkh) - Membazir wang rakyat yang menjadi alasan popular Barisan Nasional (BN) untuk

Hakim luar biasa, kebolehan luar biasa
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) Kita mempunyai hakim-hakim yang luar biasa yang mempunyai kebolehan yang

Walau kalah 3-0, Nizar mahu penyokong bersabar
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mem

BN tidak minat wujud Kementerian Hal Ehwal Agama Islam
KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - Biar pun perdana menteri silih berganti, namun tiada seorang pun yang bermina

Adakah wujud unsur diatur dalam keputusan mahkamah?
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) Dengan mengemukakan maklumat yang diterimanya sebelum ini, Naib Presiden PAS

Kematian Ismail kehilangan besar pada kerajaan negeri,PAS
Wartawan Kita | Foto Rizal Tahir
Fri | May 22, 09 | 5:15:40 pm MYT

Tuesday, May 26, 2009

Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden

Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | May 26, 09 | 11:14:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Selain itu, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Lain-lain keputusan rasmi menyusul kemudian. - azm_

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri
M Faqih
Tue | May 26, 09 | 4:56:22 pm MYT

KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.

Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.

Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya merasakan tajuk yang akan dibincangkan mengenai politik wang amat mustahak dan relevan dalam situasi sekarang.

"Dan rakyat keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran Dato' Seri dan juga dari saya selaku wakil dari PAS untuk menangani permasalahan politik wang," katanya dalam surat yang dihantar kepada Zahid di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurutnya beliau memandang berat keputusan dibuat Zahid membatalkan kehadiran dalam rancangan Hujah malam ini.

"Saya memohon agar Dato' Seri dapat mempertimbangkan keputusan tersebut supaya saya dan Dato' Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang," ujarnya.

Oleh itu beliau memberi tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk mengesahkan kehadiran dan ikut serta dalam rancangan tersebut.

Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Penerbit Eksekutif Rancangan Hujah TV9, Noraini Tahir. - mj

Pengundi Penanti berhak tahu penyelewengan pemimpin BN

Pengundi Penanti berhak tahu penyelewengan pemimpin BN
Zuharman MN
Tue | May 26, 09 | 4:42:00 pm MYT

KETEREH, 26 Mei (Hrkh) � Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu menutup diri daripada terdedah pelbagai penyelewengan biarpun tidak menyertai pilihan raya kecil di Penanti.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan berkata, Umno tidak mampu mengelak daripada dikaitkan dengan pelbagai isu yang berlaku sekarang kerana ia membabitkan pemimpin negara.

Katanya, rakyat perlu diberitahu tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku kerana mereka ada hak di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

"Apabila rakyat sudah tahu mereka boleh membuat pilihan sendiri. Ini penting untuk membolehkan sebuah kerajaan yang adil dapat ditegakkan," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan di Kampung Soko, Kok Lanas. Hadir sama anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim.

Semalam Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, KeADILan tidak ada modal apabila membelasah Umno dan BN pada kempen pilihan raya tersebut.

Menurutnya KeADILan sepatutnya menumpukan kepada isu pembangunan bagi membela nasib rakyat di Penanti.

Gobalakrishnan yang juga anggota Padang Serai berkata, alasan diberi Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak tidak mahu menyertai pilihan raya di Penanti kononnya tidak mahu membazir tidak lebih sebagai satu sandiwara.

"Mengapa baru sekarang mereka hendak bercakap soal pembaziran. Rakyat sudah tahu malah sudah masak dengan sikap hipokrit pemimpin mereka.

"Kalau Umno dan BN betul-betul tidak mahu membazir, kembalikan wang komisen yang telah dibazirkan membeli kapal selam dan Sukhoi sehingga mencecah puluhan juta ringgit," katanya.

Nasir ketika berucap pada majlis yang sama berkata, kejayaan Pakatan Rakyat memecah belenggu perkauman di negara ini telah menyuntik semangat rakyat sehingga berani bangkit membuat perubahan.

Ahmad Rusli pula memberitahu media dan mahkamah menjadi talian hayat Umno bagi membolehkan parti itu terus berada di pentas politik negara.

Menurutnya tanpa bantuan tersebut Umno sudah berada di muzium yang hanya diingati pada catatan sejarah sahaja.

Beliau juga berkata, rakyat perlu sensitif terhadap situasi yang berlaku dalam politik tanah air bagi membolehkan mereka membuat pilihan terbaik pada masa akan datang.

"Rakyat menolak Umno dan BN kerana kesedaran. Rakyat bijak menilai antara kaca dan permata. Kecerdikan rakyat tidak boleh lagi ditukar dengan wang ringgit," katanya. - mj

Terkini: Mustafa Ali umum senarai akhir calon bertanding

Terkini: Mustafa Ali umum senarai akhir calon bertanding

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | May 26, 09 | 3:35:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS kali ke-55,Dato' Mustafa Ali telah mengumumkan senarai akhir calon yang akan bertanding bagi jawatan dalam PAS diperingkat Pusat dan Dewan-dewan.

Image

Pengumuman itu dibuat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh Mustafa pada 26 Mei.Turut serta ialah ahli jawatankuasa pemilih, Mohammad Diah dan Khairul Anwar Mat Zuki.

Mustafa menyifatkan pertandingan kali ini akan hebat di peringkat AJK PAS Pusat yang mana seramai 54 orang calon akan bertanding bagi mengisi 18 kekosongan.

Beliau berkata, pertandingan AJK PAS Pusat dilihat 'fight' berikutan nama-nama yang menawarkan diri sangat popular dan juga mereka yang memegang jawatan itu sebelum ini.

Di peringkat dewan pemilihan akan berjalan ketikadewan-dewan bermuktamar, dan di peringkat pusat juga semasa muktamar yang akan bermula 4 Jun 2009.

Keputusan katanya bakal diumumkan secepat mungkin.

Berikut adalah senarai penuh nama-cama calon di peringkat pusat dan dewan-dewan:

Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2009/2011

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP


1. Hussin Bin Haji Ismail, Haji
2. Ishak Bin Surin, Haji
3. Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid, Hj

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato� Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN


1. Husam Musa, YB Dato� Haji
2. Mohamad Sabu, Haji
3. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji Image

NAIB PRESIDEN


1. Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
2. Mujahid Yusof Rawa , YB Dr.
3. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato' Ustaz �
4. Salahuddin Ayub, YB
5. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato� Ustaz

AHLI JAWATANKUASA KERJA


1. Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji
2. Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji
3. Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato� Ustaz Haji
4. Mohd Abdul Wahid Endut, YB Hj
5. Abu Bakar Chik, Dato� Ustaz Haji
6. Ahmad Sabki Yusof ,
7. Ahmad Rusli Ibrahim , YB Dato'
8. Aiman Athirah al-Jundi, Sdri
9. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
10. Anuar Tan Abdullah, YB Dato� Haji
11. Asmuni Awi, Haji
12. Azizah Khatib Mat, Ustazah Hajjah
13. Azizan Abd Razak, YAB Dato� Seri Ustaz
14. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz
15. Dzulkefly Ahmad, YB Dr.
16. Halimah Ali, YB Dr. Hjh
17. Hamzah Abdullah , Hj
18. Hamzah Jaaffar, Dr
19. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak, Ust
20. Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj
21. Hashim Jasin, YB Ustaz Haji
22. Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji
23. Iskandar Abdul Samad, YB Ir
24. Kamarudin Jaffar , YB Dato�
25. Khalid Abd Samad, YB
26. Khalil Idham Lim, YB Drs.
27. Lo� Lo� Haji Mohamad Ghazali, YB Dr.
28. Mahfodz Mohamed, Dato� Dr. Haji
29. Mazlan Aliman, Sdr
30. Mariam Abdul Rashid, Hjh
31. Misbahul Munir Masduki,
32. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
33. Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir
34. Mohamad Noor Mohamad, Haji
35. Mohamed Hanipa Maidin, Sdr
36. Mohd Anuar Tahir, Hj
37. Mohd Apandi Mohamed, Hj
38. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji
39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
40. Mumtaz Md Nawi, YB
41. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Ustaz �
42. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Haji
43. Omar Mohamed, YB Dato'
44. Osman Sabran, Dr.
45. Saari Sungib , YB
46. Shafie Abu Bakar, YB Dr
47. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. Hajjah
48. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
49. Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji
50. Takiyuddin Hassan, YB Dato�
51. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato� Ustaz
52. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
53. Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh
54. Zulkefly Mohamad Omar, Hj Image

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Mohd Rashidi Bin Hassan
2. Musaniff Abd Rahman

Dewan Ulama PAS Pusat

PENGERUSI TETAP

1. Hamdan Mohamad, Ustaz Hj

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Abd Manaf Othman, Ustaz

KETUA

1. Harun Taib, YB Dato� Ustaz Haji

TIMBALAN KETUA

1. Ahmad Yaakob, YB Dato'

NAIB KETUA

1. Mahfodz Mohamed, Dato� Dr

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN


1. Abdullah Abd Razak, Ustaz
2. Abdullah Husin, Ustaz
3. Abdul Ghani Samsudin, Ustaz
4. Abu Bakar Abdullah, Ustaz
5. Azhari Yakob, Dr Ustaz
6. Azizan Mohd Desa, Ustaz
7. Hasan Mohamad, Dato� Ustaz
8. Hassan Alias, Ustaz
9. Husin Awang , Dato� Ustaz
10. Ismail Noh, Ustaz
11. Jaliluddin Haji Abdul Wahid, Ustaz
12. Khirul Muntanazar Ismail, Ustaz
13. Md Suaid Din, Ustaz
14. Mohd Zain Abdul Rahman, Ustaz
15. Mokhtar Senik, Ustaz
16. Muhammad Daud Iraqi, Dato� Ustaz
17. Muhammad Mustafa, YB Ustaz
18. Nik Mohd Zawawi Salleh, Ustaz Haji
19. Salleh Sani Haji Harun, Ustaz
20. Taib Azamuddin Md Taib, YB Ustaz
21. Zulkarnain Abidin, Ustaz

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Ibrahim Omar, Hj
2. Md Isa Jantan
3. Mohamad Noor Hj Zain

Dewan Muslimat PAS Pusat

PENGERUSI TETAP


1. Noraini Hussin
2. Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP


1. Faizah Ismail
2. Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA


1. Asiah Ali, Dr Ustazah
2. Nuridah Mohd Salleh, Ustazah

TIMBALAN KETUA


1. Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
2. Wan Hasrina Wan Hassan, Hajjah

NAIB KETUA

1. Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA


1. Aiman Athirah Al Jundi
2. Amizan Baharuddin
3. Azizah Khatib Mat, Ustazah
4. Fatimah Wan Teh
5. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan
6. Halimah Ali, YB. Dr.
7. Khadijah Mahmud
8. Kintan Osman
9. Mastura Hj Mohamad
10. Madznah Talib
11. Najihatussalehah Ahmad, Dr.
12. Norhayati Bachok
13. Norhanim Ismail
14. Nurul Huda Yusof Rawa
15. Salamiah Mohd Nor
16. Rosiah Salleh, Ustazah
17. Rosni Adam, Dr.
18. Salbiah Abd Wahab
19. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr.
20. Siti Mariam Othman
21. Wan Ubaidah Omar, YB.
22. Wardatul Jannah As Sofea
23. Zaroni Othman

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail

Dewan Pemuda PAS Pusat

PENGERUSI TETAP

1. Misbahul Munir Masduki, Ustaz

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Aris Awang

KETUA

1. Nasrudin Hassan, Ustaz

TIMBALAN KETUA

1. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz

NAIB KETUA

1. Ahmad Sabki Yusof

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN


1. Abdullah Abdul Karim
2. Adly Zahari
3. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB Ustaz
4. Ahmad Izzat Shauki, YB Ustaz
5. Firdaus Masod
6. Herman Samsudeen
7. Kamal Ashaari, Ustaz
8. Kamaruzaman Mohamad
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil
10. Mohd Adram Bin Musa
11. Mohd Firdaus Jaafar, YB
12. Mohd Nazri Chik Zain , Ustaz Hj
13. Mohd Sany Hamzan
14. Mohd Sufian Ibrahim
15. Nasir Zakaria,YB Ustaz
16. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz
17. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
18. Riduan Mad Nor, Ustaz
19. Rosli Allani Abd Kadir, Dr
20. Suhaizan Kaiat
21. Wan Sukairi Wan Abdullah
22. Mohd Yusni Mat Piah
23. Zuraidin Abdullah

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz - azm

PAS kini di persada politik arus perdana

PAS kini di persada politik arus perdana
Sazali Mohd Nor
Tue | May 26, 09 | 3:11:12 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 26 Mei (Hrkh) - Kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat, kejayaan dalam beberapa pilihan raya kecil serta sokongan mantap bukan Islam, PAS kini bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu sahaja.

Bendahari Agung PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-34, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP sangat baik.

Bahkan, katanya kemenangan Pakatan Rakyat dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sangat memberangsangkan.

"Hubungan kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat baik, kejayaan dalam pilihan raya kecil juga cukup baik, dan sokongan mantap bukan Islam kepada pun sangat baik.

"PAS hari ini, bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu atau untuk golongan tertentu sahaja," ujarnya.

Menurutnya, PAS kini adalah sebuah parti 'arus perdana' yang berupaya memenangi pilihan raya meski pun bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara.

"Dalam pilihan raya negeri Sarawak, kita (PAS) hanya bertanding satu Dewan Undangan Negeri (Dun) sahaja, kita (PAS) hampir menang di Beting Maro.

"Dan kerana takutnya BN (kepada PAS), kawasan terpinggir luar bandar (itu), semua pimpinan tertinggi Umno turun berkempen. Seandainya, calon PAS menang di situ seolah-olah 'kiamat kecil' kepada pimpinan Umno/BN.

"Kita (PAS) sudah melangkaui batas-batas 'region' (daerah) di Malaysia ini, kita (PAS) boleh bertanding dan boleh menang di mana-mana sahaja," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mendakwa PAS bukan sahaja mendapat sokongan dari golongan tradisi 'Melayu Islam' tetapi telah disokong oleh semua kaum.

Katanya, sebelum ini golongan bukan Islam melihat PAS secara 'sinis, digentari dan ditakuti' tetapi tidak lagi sekarang ini.

"Mereka (bukan Islam) menyedarinya (kepentingan) perjuangan kita (PAS) walaupun tetap pada dasar (Islam). Mereka (bukan Islam) boleh menerima kita (PAS) sebagai sebuah parti aliran perdana," ujarnya

Oleh itu, katanya ahli-ahli PAS perlu sentiasa sayang dan menjadi lebih sayang kepada parti dengan menjaga imej daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak kerana orang lain kini telah mula menyayangi PAS.

Dr Hatta mahukan agar ahli-ahli PAS menjauhi politik 'defisit', politik yang membahagi-bahagikan sesama sendiri yang merugikan serta bertentangan dengan arus perpaduan yang dikecapi masa kini.

"Hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan antara kita (rakyat) yang datang dari pelbagai latar belakang adalah usaha yang perlu diteruskan.

"Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapannya di salah satu muktamar pernah menyentuh isu kerjasama, perpaduan dan saling hormat menghormati antara kita (yang datang) dari pelbagai latar belakang, kerana itu adalah tonggak kekuatan kita," jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong dan Bendahari PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pada majlis berkenaan beberapa orang veteran pimpinan PAS kawasan yang pernah berjasa diberi penganugerahan 'Tokoh' PAS yang wajar dikenang oleh generasi akan datang. - mns/mks

Sivakumar antara 19 yang ditahan, sedang siasat di IPK Ipoh

Sivakumar antara 19 yang ditahan, sedang siasat di IPK Ipoh
Azamin Amin
Tue | May 26, 09 | 1:53:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Speaker V. Sivakumar adalah antara 19 orang yang ditahan oleh pihak polis ketika pelancaran mogok lapar di Wisma DAP jam 11.00 pagi tadi.

Selain itu turut ditahan ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat MP M Kulasegaran dan enam wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu).

Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim memaklumkan dalam blognya bahawa kesemua yang ditahan kini berada di IPK Ipoh untuk soal siasat.

"Saya menemui ADUN Sungkai Sivanesan sebentar tadi dan dia memaklumkan dia telah cuba memohon dan merayu kepada pengawal pintu masuk IPK Ipoh untuk masuk menghantar ubat kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat,Kulsegaran namun tidak dibenarkan.

"Difahamkan YB. Kula sejak beberapa hari ini mengalami masalah kesihatan. Bayangkan untuk masuk menghantar ubat juga tidak dibenarkan," katanya

Sebelum ini, lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini jam 7 pagi tadi.

Selain ditahan, pihak polis juga merampas sebiji belon besar yang sepatutnya dilepaskan ke udara ketika pelancaran mogok lapar nanti.

Menurut laporan sebuah laman web, petugas DAP mendakwa belon berharga RM2,000 itu ditempah khas untuk pelancaran tersebut dan ditulis dengan 'Daulat Tuanku' dan 'Bubarkan DUN' . - azm

Polis dah gila, dah tak ada kerja ker, Malaysia ni dah tak ada penjenayah ker, hanya sibuk soal politik jer?

4 calon Umno rebut tempat di Dun Manek Urai

4 calon Umno rebut tempat di Dun Manek Urai
Lanjusoh | Foto Rizal Tahir
Tue | May 26, 09 | 1:23:27 pm MYT

KUALA KRAI, 26 Mei (Hrkh) - Biar pun tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai belum ditetapkan, namun suasana 'panas' mulai melanda Umno.

Usaha-usaha melobi untuk menjadi calon sudah mulai kelihatan secara jelas sekarang.

Malah, ada di antara mereka yang sudah bergerak keluar masuk kampung sejak mendengar berita Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakub jatuh sakit.

Dan pergerakan mereka menjadi semakin rancak selepas kematian Paksu Mail pada Jumaat lepas.

Penduduk memberitahu bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah bergerak di banyak tempat menemui orang ramai. Tempat menjadi pilihannya di kedai-kedai kopi.

Sabtu lalu perjumpaan diadakan di Kampung Budi.

Selain itu, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Mamat juga disebut-sebut bakal dicalonkan memandangkan beliau orang tempatan yang tinggal di Kampung Manek Urai Lama.

Beliau dikatakan mempunyai peluang lebih cerah berbanding Zulkifli yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan di Bahagian Umno Kuala Krai.

Selepas gagal memenangi jawatan Naib Ketua bahagian tersebut pada mesyuarat agung Umno tahun lepas, Zulkifli tidak dilantik memegang sebarang jawatan, biar pun beliau bekas Ketua Pemuda Umno.

Menurut sumber peluang Rohani lebih terbuka memandangkan adiknya, Hanafi Mamat baru dilantik sebagai Bendahari Perhubungan Umno Kelantan.

"Seorang lagi yang disebut-sebut iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Dato' Ramzi Abdul Rahman.

"Beliau sudah beberapa kali datang ke Manek Urai termasuk membawa Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed ke rumah Paksu Mail kelmarin," katanya di sini.

Selain itu, Naib Ketua Umno bahagian, Abdul Jalal Che Muda juga turut disenaraikan.

Kehadiran Rohani tentunya menggugat gerak kerja sudah dilakukan Zulkifli yang mana sebelum ini berpotensi untuk dicalonkan semula.

Sementara itu, PAS kini sudah menggerakkan jentera pilihan raya, di mana bilik gerakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Manek Urai sudah beroperasi sepenuhnya.Image

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, mesyuarat MTD Manek Urai diadakan malam kelmarin di Kampung Manek Urai lama yang dihadiri semua jawatankuasa dan petugas.

"Jentera-jentera di peringkat peti undi juga sudah diarahkan mengadakan mesyuarat bagi menyusun gerak kerja," katanya yang mengetuai jentera pilihan raya tersebut.

Image Menurutnya juga penyokong di peringkat akar umbi tidak sabar-sabar lagi membuka pos-pos di kampung masing-masing.

Kata beliau setiap hari ada yang datang menanyakan bila pos boleh dibuka untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut tidak lama lagi.

Dun Manek Urai mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.

Pada pilihan raya lepas PAS menang dengan majoriti 1,352 undi dan pilihan raya sebelum itu BN mengatasi PAS dengan majoriti tipis sebanyak 53 undi. - mj _

Layakkah Ibrahim Ali label Pakatan hipokrit?

Layakkah Ibrahim Ali label Pakatan hipokrit?
Mat Zain Mat Isa
Tue | May 26, 09 | 12:52:54 pm MYT

Tiba-tiba saja bersipongang di serata negara seruan agar semua pihak akur dan menghormati keputusan mahkamah. Semua pihak diharapkan dapat menerima hakikat yang diputuskan institusi kehakiman itu, sama ada memihak kepada mereka atau sebaliknya.

Serentak itu juga pihak yang tidak menang diingatkan agar jangan terus berusaha memanjangkan isu yang mereka anggap telah selesai. Kata mereka, rakyat sudah bosan melihat pertikaian ini. Kini, akhirnya telah terbukti dan telah sah siapa betul dan siapa salah.

Itulah gambaran betapa hipokritnya mereka ini, bukan? Isu dimaksudkan ialah pertikaian mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah. Mereka itu pula ialah para pemimpin dan pendokong Barisan Nasional (BN).

Kenyataan mereka dalam nada itu hanya tingkah-meningkah setelah keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Jumaat (22 Mei) memihak kepada BN.

Sedangkan seruan dan sikap serupa tidak mereka pamerkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, 11 Mei lalu. Mengapa ketika itu tidak dikatakan kebenaran telah terbukti dan semua pihak jangan lagi memanjangkan itu tersebut?

Sebaliknya, BN selaku pihak yang kalah tidak bertangguh untuk membantah keputusan tersebut. Mereka tidak mengambil masa walau 24 jam untuk mendapatkan perintah mahkamah menghalang pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Hanya sempat beberapa jam menyambung tugas rasminya sebagai Menteri Besar, Nizar terus diperintahkan meninggalkan pejabatnya.

Dalam kenyataannya menyambut keputusan Mahkamah Tinggi, Nizar bertekad menghadap Sultan Perak bagi mempersembahkan permohonan perkenan Baginda agar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan. Perjuangan Pakatan Rakyat, jelasnya, tidak akan selesai hanya setakat keputusan mahkamah. Kemelut politik Perak hanya dapat diakhiri dengan memulangkan kembali hak memilih kerajaan kepada rakyatnya.

Malangnya, hasrat yang disuara dan didambakan pelbagai pihak itu gagal dihayati BN. Mereka tidak bersdia menerima penyelesaian itu. Sebaliknya terbukti mereka lah yang memanjangkan pertikaian tersebut ke Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, Jumaat lalu memutuskan menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ia sekali gus menidakkan segala hujah dan pandangan Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim yang memihak Nizar.

Kini, apabila Nizar dan pasukan peguamnya berura-ura memfailkan rayuan atas keputusan itu ke Mahkamah Persekutuan, ada pula pihak yang menuduh mereka sengaja memanjangkan isu tersebut. Mereka mendakwa isu telah selesai dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Kata mereka, Nizar dan Pakatan Rakyat perlu akur bahawa BN memang berhak ke atas kerajaan Perak.

Di masa sama ada pula pihak yang melabelkan Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai hipokrit. Orang itu tidak lain daripada Dato' Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tiket PAS, tetapi kini secara terbuka 'melompat' ke pangkuan BN.

"Apa lagi yang nak bising-bising apabila mahkamah telah membuat keputusan dan kalau mereka yakin sangat rakyat Perak mengundi mereka, tunggu sahaja pilihan raya umum akan datang," katanya, sepertimana dipetik akhbar mingguan, Ahad (24 Mei).

Tadi sudah dijelaskan bahawa sikap dan pendirian Pakatan Rakyat dalam mendesak Dun Perak dibubarkan bukan satu hipokrasi. Ia telah disuarakan sedari awal krisis politik negeri itu dicetuskan BN, awal Februari lalu. Sikap dan pendirian itu juga kekal dipegang Pakatan Rakyat hingga ke saat ini. Justeru, apa yang hipokritnya pada desakan itu?

Sedangkan yang lebih layak disifatkan hipokrit ialah BN dan Ibrahim sendiri. Selain sikap yang ketara berbeza dalam menerima keputusan dua mahkamah, mereka juga tidak konsisten dengan keyakinan terhadap sokongan rakyat.

Mereka mendakwa kononnya rakyat sudah bosan dengan karenah dan sikap gila kuasa Pakatan Rakyat, bagi menggambarkan kononnya rakyat sudah bulat dan sepakat di belakang BN. Malangnya, apabila didesak memberi peluang kepada rakyat menentukan hakikat itu, mereka bermati-matian pula mengelaknya. Bukankah itu juga hipokrit?

Ibrahim Ali sendiri memang diketahui sangat takut untuk berhadapan dengan perhitungan rakyat Pasir Mas. Beliau telah dicabar mengenai perkara itu dan telah menzahirkan sifat hipokritnya. Apakah layak orang seumpama itu melabelkan orang lain sebagai hipokrit? - mns_

Ibrahim Ali tengah dapat restu BN tu hehe
Pelik bila dia dok sebut pembangkang, pembangkang, dia tu bukan pembangkang ker?

Ringankan beban kanak-kanak, keluarga mangsa ISA

Ringankan beban kanak-kanak, keluarga mangsa ISA
Azamin Amin
Tue | May 26, 09 | 11:00:54 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Harakah dan Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (GMI) sedang giat mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada keluarga mangsa ISA yang ditahan di Kamunting sejak bertahun lamanya.

"Ayah dikurung di Kamunting, ibu terpaksa mencari nafkah, lebih malang anak-anak tercicir dari sekolah malah ada yang tidak mengenal huruf."

Begitulah antara 'rangkap' keperitan yang dilalui oleh mereka khususnya kanak-kanak tidak berdosa yang tidak mengerti apa-apa tentang kezaliman akta tersebut terhadap ayah mereka.

Justeru, Ketua Pengarang Harakah dan Harakahdaily Ahmad Lutfi Othman memohon jasa baik dan simpati orang ramai untuk sama-sama membantu, paling tidak sedikit untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan kanak-kanak ini yang perlu diberi perhatian oleh seluruh masyarakat di negara ini yang prihatin terhadap tanggungjawab meneruskan pelajaran demi masa depan mereka.

"Yuran, buku sekolah, pakaian dan bayaran pengangkutan menjadi beban besar kepada keluarga mangsa ISA kerana ketua keluarga, ayah mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu. Ada yang tiada sumber pendapatan malah, terpaksa mencari sesuap nasi dengan pelbagai cara yang menyulitkan.

"Demi masa depan mereka, saya meminta jasa baik orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan dana untuk diagihkan kepada mereka yang tidak bernasib baik," kata Ahmad Lutfi yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Ahmad Lutfi berharap dengan sumbangan dana dan apa jua bantuan orang ramai itu dapat mengembalikan dan menyuntik semangat keluarga mangsa ISA untuk meneruskan persekolahan anak-anak mereka sekaligus matlamat untuk melihat kanak-kanak tidak berdosa ini berjaya dalam pelajaran dan mengubah masa depan keluarga tercapai.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan,bolehlah dimajukan dana tersebut ke HARAKAHDAILY DOT COM akaun Maybank 564070000336.

Segala simpati dan sumbangan diberi, hanya Allah yang membalasnya. - azm

Umno buat rombongan 31 Mei, elak keluar mengundi?

Umno buat rombongan 31 Mei, elak keluar mengundi?
Mohd Sabri Said
Tue | May 26, 09 | 10:59:11 am MYT

PENANTI, 26 Mei (Hrkh)-Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.

Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit.

Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN. - azm

Mohammad Sabu turut bertanding Timbalan Presiden PAS

Mohammad Sabu turut bertanding Timbalan Presiden PAS
Harakahdaily
Tue | May 26, 09 | 9:57:36 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan PAS awal Jun depan.

"Saya akan tetap bertanding dan tidak akan tarik diri," katanya kepada sebuah akhbar online.

Menurut Mohammad Sabu, beliau telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu.

Urusan penerimaan pencalonan pemilihan PAS ditutup semalam.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Dato' Paduka Husam Musa dan Mohammad Sabu sendiri.

Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Pengesahan itu Mohammad Sabu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.

Pagi semalam Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut manakala Ustaz Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, mengesahkan akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga. - azm

Mogok lapar : Lima ditahan di Wisma DAP

Mogok lapar : Lima ditahan di Wisma DAP
Harakahdaily
Tue | May 26, 09 | 9:49:25 am MYT

IPOH, 26 Mei (Hrkh) - Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira 7 pagi. Acara itu sepatutnya dijadual dirasmikan pukul 10 pagi ini.

Selain ditahan, pihak polis juga merampas sebiji belon besar yang sepatutnya dilepaskan ke udara ketika pelancaran mogok lapar nanti.

Menurut laporan sebuah laman web, petugas DAP mendakwa belon berharga RM2,000 itu ditempah khas untuk pelcaran tersebut dan ditulis dengan �Daulat Tuanku' dan �Bubarkan DUN' .

Setakat ini, tiada wakil rakyat Pakatan yang berada di Wisma tersebut ketika penahana dan rampasan itu berlaku.

Namun sehingga 9.15 pagi tadi, sepasukan polis termasuk 20 FRU kelihatan berada di pejabat DAP terbabit.

Pelancaran mogok lapar ini adalah bertujuan untuk meminta Sultan Perak untuk membubarkan DUN negeri itu dan dijangka akan dirasmikan jam 10 pagi ini oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Speaker V Sivakumar. - azm

Aminah digesa balik tarik balik tuduhan - Saifudin

Aminah digesa balik tarik balik tuduhan - Saifudin
Mohd Sabri Said
Tue | May 26, 09 | 9:08:00 am MYT

PENANTI, 26 Mei (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menyerahkan semua tuduhan calon bebas, Aminah Abdullah kepada pihak peguam kononnya terdapat bukti mendapat sogokan dan tawaran oleh dua orang kepimpinan KeADILan .

Pengarah Pilihanraya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi menyebut, apa yang disuarakan oleh Puan Aminah belum terbukti kesahihan dan jika sekiranya tidak betul maka parti tidak teragak-agak meminta pihak peguam mengantar surat supaya beliau meminta maat atau tarik balik tuduhan tersebut.

"KeADILan tidak teragak-agak mengambil tindakan saman sekiranya apa dipertuduhkan tidak sahih dan kabur. KeADILan tidak mahu ia dijadikan isu kerana lebih mementingkan agenda memperkenalkan calon dan agenda perjuanganya bilamana memenangani pilihan raya nanti, " tegasnya.

Bukan masanya KeADILan melayan kerenah bekas ahlinya yang telah pun mengistiharkan keluar parti tetapi lebih menumpukan pada soal penerangan kepada pengundi.

Semasa sidang media pagi tadi, Aminah mendedahkan beliau didatangi dua orang wakil KeADILan iaitu Pegawai Khas kepada Exco dan salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan untuk membincangkan beberapa tawaran jawatan dan gantirugi serta menceritakan masalah dalaman parti.

Perkembangan lain Saifudin yang juga Ahli Parlimen Machang memberitahu, KeADILan telah mengatur 15 program sehari termasuk satu program perdana untuk calon N12 Penanti, Dr Mansor Othman turut padang berjumpa semua lapisan masyarakat.

Masa sekarang bukan memperbincangkan soal peribadi sebaliknya isu semasa yang boleh mempamerkan kejituan kerjasama di samping menerangkan kepentingan pilihanraya kecil ini.

"Jika menang di Penanti kita dapat meneruskan agenda yang telah di atur bersama Kerajaan Negeri. Dr Mansor yang akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 pasti memperkasakan apa yang menjadi agenda yang dekat di hatinya, " jelas beliau. - azm

Tengku Mahkota Kelantan dilantik Pemangku Raja

Tengku Mahkota Kelantan dilantik Pemangku Raja
Atiff Idris
Mon | May 25, 09 | 4:39:14 pm MYT

KOTA BHARU, 25 Mei (Hrkh) - Tengku Mahkota Kelantan kini dilantik sebagai Pemangku Raja memandangkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sedang gering.

Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehingga Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan.

Pengisytiharan mengenai perkara itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

"Hendaklah ada satu pangkuan Raja di dalam negeri apabila Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas menjaga hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja," katanya

Kelmarin Majlis Perajaan Negeri mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris, iaitu anakanda sulung kepada Sultan Kelantan sebagai Pemangku Raja.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas bagi menjalani rawatan setelah mengadu mengalami masalah pernafasan.

Baginda kemudian didapati mengalami masalah jantung.

Bagaimanapun semalam baginda dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. - mj _

Monday, May 25, 2009

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan
Mohd Rashidi Hassan
Mon | May 25, 09 | 1:13:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyerai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks

Ulama PAS perlukan perubahan

Ulama PAS perlukan perubahan
Harakahdaily
Mon | May 25, 09 | 1:23:38 pm MYT

DUNGUN, 25 Mei (Hrkh) - Gagasan "Kepimpinan Ulama" yang dimulakan sejak tahun 1982 berjaya meletakkan PAS ke tahap sekarang namun di waktu yang sama perubahan ke arah kepimpinan yang lebih baik dan mantap adalah perlu.

Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Dato' Husin Awang berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Terengganu ke-44, di Dewan Darul Bayan Pinang Merah, Paka, Dungun, baru-baru ini.

"Kita (Dewan Ulama) juga mengharapkan perubahan dalam kepimpinan ini ke arah yang lebih agresif, maju dan mantap," tegasnya.

Katanya, ulama dan profesional bukan lagi menjadi isu dalam kepimpinan PAS kerana golongan ulama� yang profesional boleh memimpin masyarakat serta mentadbir urus negeri dengan baik.

Kata Dato' Husin lagi, kepimpinan ulama wajar memimpin parti dan masyarakat bagi mengekang bencana akidah dan politik yang semakin membarah.

"Ulama harus memimpin masyarakat kerana golongan ini menjadi pengawal kepada agama, menegakkan yang hak dan mencegah kemungkaran," ujarnya.

Tambahnya, iklim politik negara semakin berubah dari tahun ke tahun dan memerlukan pendekatan serta interaksi yang menyakinkan rakyat.

Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS negeri itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohammad Daud Iraqi. - mks

Isu politik wang hanya mainan media

Isu politik wang hanya mainan media
Khairul Azlam Mohamad
Mon | May 25, 09 | 1:21:53 pm MYT

DUNGUN, 25 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Muhammad Daud Iraqi menafikan membuat kenyataan wujudnya politik wang dalam PAS menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat Jun ini.

Apa yang pasti, kenyataan beliau hanya berbentuk nasihat serta peringatan agar tidak berlaku kejadian seumpama itu dalam PAS.

Menurutnya, pihak media sengaja membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah wujud politik sogokan dalam PAS.

"Saya tidak buat kenyataan. Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa ada sogokan wang. Cuma saya telah menasihatkan kawan-kawan dalam (Dewan) Ulama jangan jadi ada (sogokan) seperti bagi baju atau bagi apa-apa dalam masa pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS akan datang," jelasnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Terengganu di Dewan Darul Bayan Pinang Merah, Paka, Dungun baru-baru ini.

Menurutnya, aktiviti kurang sihat itu amat tidak wajar diamalkan terutama dalam kepimpinan Ulama PAS yang berteraskan Islam.

Katanya, ulama juga adalah tonggak, contoh dan teladan kepada rakyat.

"Kita minta jika ada hentikan dan jika tidak ada tinggalkanlah. Ulama ini merupakan tonggak, contoh dan teladan kepada rakyat," ujarnya.

Sehubungan itu, Ustaz Muhammad menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang bentuk laporan atau aduan tentang wujudnya gejala tersebut.

"Laporan atau aduan tidak ada cuma laporan surat khabar (media) tulis macam itu. Saya hanya beri peringatan sahaja dan saya tidak buat kenyataan akhbar seperti orang lain," jelasnya terhadap kekeliruan yang timbul.

Beliau yang menarik diri daripada mempertahankan jawatan Ketua Ulama PAS Pusat menjelaskan bahawa dasar Kepimpinan Ulama yang diperjuangkan PAS wajar diteruskan.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Yahya Ali dan Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Dato' Husin Awang. - mks. _

Husam, Mahfuz sahkan bertanding

Husam, Mahfuz sahkan bertanding
Harakahdaily
Mon | May 25, 09 | 1:15:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa sahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan Muktamar Jun depan.

"Saya buat keputusan muktamad pagi tadi...saya dah serahkan borang terima pencalonan sebentar tadi," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi juga mengesahkan akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Husam telah memaklumkan perkara itu kepada Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Abdul Nik Aziz Nik Mat pagi tadi dan akan berbuat demikian juga apabila menemui Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang tengah hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar turut mengesahkan bahawa beliau bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan akan datang. - azm/mks.

Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang

Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang

Mon | May 25, 09 | 1:09:15 pm MYT

JELI, 25 Mei (Hrkh) - Ketika Umno mengharapkan suntikan baru dengan pelantikan Dato' Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, namun di jajahan ini minat golongan muda bersama PAS pula meningkat.

Keadaan itu menggambarkan anak-anak muda tidak lagi bersama Umno memandangkan kecamuk parti itu dengan masalah dalaman.

Malah penduduk di sini berpendapat anggota parlimen Jeli itu tidak mampu mengulangi kejayaan ketika mengetuai Umno Kelantan semasa menghadapi pilihan raya umum 2004.

Ramai berhujah kejayaan Umno yang hampir menumbangkan PAS ketika itu bukan kerana faktor Mustapa, sebaliknya aura Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yang Dipertua PAS Jeli, Haji Mohd Apandi Mohamad berkata, biar pun Mustapa dikembalikan ke jawatan lama di Perhubungan Umno Kelantan, namun fenomena yang berlaku sekarang berlainan.

"Pada pilihan raya umum 2004 Umno berjaya melonjakkan kedudukan kerana pengaruh Abdullah yang dilihat warak dan jujur ketika mula-mula berada di kerusi Perdana Menteri.

"Gambaran yang diberi media mempamerkan Abdullah mengimamkan solat tidak dinafikan berjaya mempengaruhi orang ramai.

"Namun Perdana Menteri sekarang tiada kelebihan tersebut. Sebaliknya imej beliau banyak tercemar dengan pelbagai isu. Maka kehadiran pengerusi baru dilihat tidak lagi dapat membantu Umno seperti berlaku pada pilihan raya 2004," katanya pada program 'Jom Sertai PAS' di sini, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Jeli dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO.

Ia diadakan di Padang Istiadat Jeli.

Sempena program itu juga Mohd Apandi melancarkan Liga Bolasepak Dun dan Parlimen peringkat Jeli.

Pelbagai program menarik diadakan antaranya persembahan dikir barat oleh kumpulan Dikir Barat Sri Kalai yang diketuai Jen Endoro.

Manakala bekas penyanyi rock yang baru menyertai PAS, Ringgo Arrow menyanyikan lima lagu yang bertemakan ketuhanan dan perjuangan.

Program tersebut berjaya menarik 32 permohonan untuk menyertai PAS.

Sementara itu di majlis berasingan, lebih 100 imam dan bilal surau dan madrasah mukim Jeli menyertai kursus yang dianjurkan Urusan Ulama PAS Jeli dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat.

Perasmiannya juga disempurnakan Mohd Apandi. - mks.

Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar

Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | May 25, 09 | 1:06:30 pm MYT

PENANTI, 25 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pilihan raya kecil Dun Penanti nyata aman terutamanya apabila Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Kubang Semang sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Penanti pada 23 Mei lalu.

Ceramah yang diadakakan di Kubang Semang itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

Ini kerana katanya, polis tidak akan 'sibuk' untuk menjadi penggempur dan bekerja untuk BN bagi memastikan kedudukan BN selamat.

"Sejak pagi tadi semasa penamaan calon suasana cukup aman, polis pun tak ramai yang datang, tidak sama seperti prk Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini.

"Ketika di Kuala Terengganu polis dihantar seramai mungkin hingga mewujudkan suasana seolah-olah Kuala Terengganu berada sebagais ebuah daerah polis," katanya.

Namun kali ini, suasana aman kerana tidak ramai anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal keadaan.

"Kita yakin sebenarnya jika pilihan raya ini tidak diganggu dengan kehadiran polis yang terlalu ramai, ia akan berada dalam keadaan aman," ujarnya.

Menyentuh isu di Perak, Nizar menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di sana sebagai satu 'perbuatan zalim' di abad ini.

"Tiada perbuatan lain yang sezalim ini, merampas hak rakyat yang memilih kerajaan yang sah dan menggunakan kuasa menghalalkan t]indakan zalim mereka ini," katanya.

Lebih dahsyat lagi kata Nizar, BN menggunakan gelanggang mahkamah bagi mengesahkan lagi tindakan rampasan kuasa itu sebagai satu tindakan halal.

Nizar yang nyata kesal dengan rampasan kuasa oleh BN di Perak itu memberi amaran bahawa tindakan itu hanya akan membuatkan rakyat semakin benci dengan BN.

"Saya menyeru pengundi di Penanti ini agar memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat dalam masa yang sama sebagai singnal kepada kekejaman yang BN lakukan terhadap rakyat di Perak dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Inilah peluang kepada rakyat untuk terus menyatakan bantahan kepada kerajaan dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat, katanya lagi.- azm

PAS Kuala Krai mulai gerakkan jentera pilihan raya

PAS Kuala Krai mulai gerakkan jentera pilihan raya
Mohd Nor Yahya
Sun | May 24, 09 | 9:21:25 pm MYT

KUALA KRAI, 24 Mei (Hrkh) - PAS kawasan ini telah menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Haji Ismail Yaakub pagi Jumaat lalu.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, persiapan awal telah digerakkan bermula semalam dengan mengadakan beberapa pertemuan.

"Dan malam ini akan diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan di Dun Manek Urai.

"Kita membuat persiapan awal sebelum jentera peringkat negeri turun," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Ladang Pasir Gajah, petang tadi.

Malam semalam seorang pemuda India, Kumara Dewan, 32 mati akibat kemalangan jalan raya di Kampung Keroh. Sumbangan disampaikan kepada ayah mangsa, B Balakrishnan. Image

Mangsa dijangka melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan. Dia juga mengusahakan kedai runcit di ladang tersebut. Kumara merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, PAS Kuala Krai akur sepenuhnya mana-mana calon yang diketengahkan pimpinan bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Beliau juga berharap mendapat kerjasama jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dari seluruh negara seperti mana yang berlaku di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Saya yakin sepenuhnya seluruh jentera Pakatan Rakyat akan turut memberi sumbangan dalam pelbagai cara untuk mempertahankan Dun Manek Urai," katanya.

Beliau juga berharap Umno tidak meletakkan calon di Manek Urai memandangkan sebelum ini mereka tidak mahu membazirkan wang kerajaan.

"Sekarang kita akan lihat mereka akan bertanding atau tidak. Kalau di Penanti mereka menarik diri atas alasan tidak mahu membazir," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Mahadi Mat Zin berkata, pemuda PAS kawasan itu akan bekerja keras mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tersebut. - mj