Saturday, May 16, 2009

HARAKAHDAILY : AHAD 10 MEI 2009

HARAKAHDAILY : AHAD 10 MEI 2009



Ustaz Hadi kekal Presiden!
Irwan Muhammad Zain
2009-05-16 07:48:45
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden PAS bila tiada calon yang mencabar beliau untuk jawatan tersebut...


PAS tetap laksanakan dasar kepimpinan ulama

Salmiyah Harun
2009-05-16 12:21:59
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982. ..

Rakyat hakim terbaik selesai krisis Perak
Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh
2009-05-14 16:45:23
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Hanya rakyat yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan krisis politik di Perak, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang...

PAS lancar gerbang maklumat sempena Muktamar PAS ke-55
Wan Nordin Wan Yaacob
2009-05-14 14:44:24
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-55 yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Jun ini bakal dimeriahkan lagi dengan portal maklumat laman web Muktamar di http://muktamar55.pas.org.my/. ..

13 Mei 2009: Kelantan cetus deklarasi perpaduan nasional
KOTA BHARU, 13 Mei (Hrkh) - Tanggal 13 Mei 1969, sejarah hitam negara tercatat. Ramai penduduk menjadi ma

Mahkamah umpama 'gelanggang sarkas', diperguna BN sesuka hati
Wan Nordin Wan Yaacob
2009-05-13 07:08:18
IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka. ..

PAS curiga keputusan Mahkamah Rayuan
Irwan Muhammad Zain
2009-05-12 15:04:17
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan ..

Bubar DUN - Peluang Sultan Azlan Shah muncul terhormat
Mohd Rashidi Hassan
rashidi@harakah.net.my

2009-05-12 09:35:38
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' HusamMusa mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran DewanUndangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuatpilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tingg..

Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak
Harakahdaily Foto Nasir Sudin
2009-05-11 16:10:57
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah...

'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS
Harakahdaily
2009-05-11 10:34:05
MARANG, 11 Mei (Hrkh)� Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaranbeliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno danBarisan Nasional ada batasnya.

Bebas ISA: Tidak perlu ucap terima kasih pada kerajaan BN
Mohd Sabri Said
2009-05-10 14:09:59
PERMATANG PAUH, 10 Mei (Hrkh) - Rakyat tidak perlu ucap terima kasih pada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana membebaskan 13 orang lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)kerana mereka dizalimi sejak hari pertama ditahan sehingga..






Anwar akan saman, jika Anifah tidak mohon maaf
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Menteri Luar, Dato' Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Mu

Bubar Dun Perak, Mahathir sindir BN
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Tun Mahathir Mohamad dilihat memberi sindiran sinis kepada Barisan Na

'Perdana Menteri Rakyat', Najib perlu buktikan di Perak!

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Jika benar Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menjadi 'Perdana Menteri Rak

Zambry hanya MB 'syok sendiri'
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) -PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan tindakan Dato' Seri Dr Zambry Abd

Nazri hina rakyat perak
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz me

Kaunter klinik kerjaya disambung untuk rakyat Selangor
SHAH ALAM, 15 Mei (Hrkh) - Kerajaan Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah

Umno serba salah di Penanti
Umno kelihatan masih kabur sama ada untuk bertanding atau tidak di Dewan Undangan Negeri (Dun) N1

Tiada politik wang dalam pemilihan PAS
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menaf

VK Linggam sebut Hakim yang benarkan permohonan Zambry
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry

Speaker yang sah: Sivakumar lwn Ganesan
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V
Sivakumar hari ini memfailkan

Nizar 'gentleman', tidak gila kuasa - Speaker
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Tanpa lengah dan berhajat lama untuk mempertahankan kuasa Menteri Besar, Da

Kes pertama selsema babi di Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 2

Anak KP Harakah di ICU, masih kritikal
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - "Tak banyak berubah. Masih kritikal. Kami mohon semua moga sudi doakan Syaf

MB minta rakyat doakan Sultan cepat sembuh
KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat negeri i

Timbalan Menteri Thai temui Nik Aziz
KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thavon Semiam hari ini mengunjungi Me

Gabungan ulama dan profesional bentuk kestabilan ummah - Mat Iraq
MACHANG, 14 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud Iraqi tidak menolak gabungan ul

Kubu Umno di Johor semakin retak!
KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Umno kini hanya mampu berkubu di Johor bagi meneruskan kelangsungan pol

DBP disaran anjur 'Perayaan Bulan Bahasa Melayu'
KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Selepas berjaya mencetus pelbagai kelainan di Kelantan, Tuan Guru Dato

Kelab Penyokong PAS miliki 20,000 ahli
TASEK GELUGOR, 14 Mei (Hrkh) - Penyertaan 20,000 masyarakat bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PA

Umno berpenyakit kanser kronik
AMPANG, 14 Mei (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz, berkata

Najib, Umno dan BN patut malu!
KANGAR, 14 Mei (Hrkh) - Pemimpin Umno dan BN harus memohon maaf dan bersifat malu dengan perbuatan

Kekuatan PAS gagal digugat Umno/BN - Tuan Ibrahim
TEMERLOH 14 Mei (Hrkh) � Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan yakin kekuatan PAS gagal d

Mahkamah dengar rayuan Nizar 18 Mei
KUALA LUMPUR,13 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar r

Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan bersama Umno
KOTA BHARU, 13 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sama

Anak KP Harakah kritikal
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Anak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman kini berada dalam keadaan k

Zambry diingatkan tidak tambah kekalutan di Perak
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Dr Zambry Abd Kadir diminta supaya tidak menambahkan lagi k

Nizar dijadual ke KL, DAP akan buat laporan polis berhubung insiden Dun Perak
IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dijadualkan

Kerajaan Najib mahu naikkan harga minyak
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Satu Malaysia akan menanggung beban apabila alasan tidak munasabah didahuluka

Beri hak rakyat pilih kerajaan Perak - Suhakam
KUALA LUMPUR 13 Mei (Hrkh) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis p

Memperingati 13 Mei, Nik Aziz sampaikan amanat pagi ini
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat akan menyampaikan amanat

Mahkamah umpama 'gelanggang sarkas', diperguna BN sesuka hati
IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kin

Runding krisis Perak: Syarat Najib tak waras
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyelar Perdana Menteri Datuk Seri

"Saya masih MB yang sah - Nizar
IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Seri ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa belia

Krisis Perak : Isi hati rakyat Perak hanya mahukan pembubaran Dun!
((analisis) : Krisis di Perak kembali rumit dan sempit, keputusan mahkamah yang umpama di 'remote' oleh U

Dr M patut ketuk Najib - Husam
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) -Sudah sampai masanya untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuk Datuk Seri N

Krisis di Perak sudah jadi politik kartun
PASIR PUTEH, 12 Mei (Hrkh) - Petang semalam Dato' Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tib

Rayuan Zambry : PR Perak bermesyuarat bincang langkah seterusnya
IPOH, 12 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat Perak kini sedang bermesyuarat bagi membincangkan langkah seterusn

Bubar DUN - Peluang Sultan Azlan Shah muncul terhormat
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengharapkan Sultan Azlan Sha

Umno 'bermatian' halang pilihan raya kecil di Perak
KOTA BHARU, 12 Mei (Hrkh) - Kini hanya tinggal satu pilihan, bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi me

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir

KeADILan Perak buat laporan polis kes hina Speaker
SUNGAI SIPUT, 12 Mei (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat Negeri Perak telah membuat laporan polis serent

Penghargaan kepada ibu tidak harus dibuat secara bermusim
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Penghargaan terhadap segala pengorbanan ibu kepada anak-anaknya yang

Mangsa tsunami tuntut janji Tun Abdullah
KUALA MUDA, KEDAH, 12 Mei (Hrkh) - Janji bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Timba

Ceramah 'Krisis Perak' di Stadium Melawati, 16 Mei
SHAH ALAM, 12 Mei (Hrkh) - Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Selangor akan mengadakan ceraman perda

Maruah Presiden Umno tergadai di Perak
KOTA BHARU, 12 Mei (Hrkh) - "Mana hendak letak maruah Umno dan presidennya sekarang," kata seorang pakcik

Aduan salahlaku SUK Perak kepada KSN
SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA
Semoga Tan Sri dalam peliha

Nizar masuk pejabat MB pagi ini menuju Istana Iskandariah
IPOH, 12 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan exconya mema

Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamalud

Nizar gantung tugas SU, Penasihat Undang-undang
IPOH, 12 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas

Keputusan Mahkamah Tinggi perkasakan demokrasi
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menghukumkan bahawa Dato Seri I

Kemenangan Nizar hadiah sempena hari ibu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersyukur di atas k

Kemenangan Nizar, signal rakyat tolak rancangan jahat Najib
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Dato' Seri Mohamad Niza

Selepas Zambry tersingkir, bubar Dun langkah terbaik
KOTA BHARU, 11 Mei (Hrkh) - Kemelut politik di Perak hanya akan berakhir apabila Dewan Undangan Negeri (D

Keputusan kes Nizar pulihkan institusi kehakiman
KOTA BHARU, 11 Mei (Hrkh) - "Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini boleh menampung kecacatan yang berlaku da

Aminah Abdullah calon Bebas di Dun Penanti
PULAU PINANG, 11 Mei (Hrkh) - Puan Aminah Abdullah 56 tahun merupakan orang pertama mengambil borang pe

'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS
MARANG, 11 Mei (Hrkh)- Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesab

PAS bukan untuk golongan tertentu sahaja - Mahfuz
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menegaskan PAS adalah sebuah part

Krisis Perak: Nizar, Sivakumar di Markas Tarbiah malam ini
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dan Spe

Umno lakar sembilan sejarah hitam di Perak
Krisis yang Umno cetuskan di Perak bakal menjadi sejarah hitam yang tidak akan dilupakan oleh generasi s

Zambry Kadir peragut politik
KEJAMNYA PERAGUT! Begitulah bunyinya tajuk utama Utusan Melayu hari Khamis, 7 Mei 2009 yang menyiarkan k

Puisi Mohd Sabu, Samad Said, teater Dinsman di Melewar 16 Mei ini
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Sasterawan Negara, Dato' A Sama

Muslimat PAS Muar bina rumah ibu tunggal
MUAR, 11 Mei (Hrkh) - Warga emas ibu tunggal di Parit Penyengat Parit Jawa, dekat sini, bakal mendu

20,000 ahli Kelab Penyokong PAS, ancaman buat BN
TASEK GELUGOR, 11 Mei (Hrkh) - Penyertaan 20,000 masyarakat bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PAS seja

Dua MB, dua speaker : Mesti mohon restu rakyat - V. Sivakumar
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Perak kini dilihat mempunyai dua kerajaan, masing-masing daripada Pakatan R

Anwar kesal pihak keselamatan 'ganggu' sambutan 10 tahun KeADILan
KUALA LUMPUR, 11 MEI (Hrkh) - Sambutan 10 Tahun penubuhan KeADILan peringkat Bandar Tasik Puteri terpaksa

Sidang Dun Perak, BN pilih jalan bertentangan demokrasi!
Jelas, kekalutan yang berlaku 7 Mei sebelum dan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak berlansung adala

Bebas ISA: Tidak perlu ucap terima kasih pada kerajaan BN
PERMATANG PAUH, 10 Mei (Hrkh) - Rakyat tidak perlu ucap terima kasih pada Kerajaan Barisan Nasional

Nelayan terjerat bayar balik pinjaman dana tsunami
KUALA MUDA, KEDAH, 10 Mei (Hrkh) - Dana Khas Tsunami Nelayan yang diperkenalkan oleh Lembaga Kemaju

Malaysia lebih aman damai tanpa ISA dan Akta Hasutan
Angkatan Muda Keadilan Selangor yakin Malaysia lebih aman damai dan dipandang tinggi di peringkat antaraba

Kesedaran terhadap bacaan al-Quran semakin meningkat
BATU CAVES, 10 Mei (Hrkh) - Kesedaran masyarakat Islam terhadap bacaan atau tilawah al-Quran semaki

Polis cabul sidang Dun Perak , Sivakumar masih Speaker
SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan N

Pemuda PAS Kelantan desak Dasar Membangun Bersama Islam dipertegaskan
KOTA BHARU, 10 Mei (Hrkh) - Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke-50 yang berla

Ustaz Ahmad Yahya terajui Pemuda Kedah
KUPANG, 10 Mei (Hrkh) - Pemilihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyaksikan Timb

Usul kerusi khas Naib Presiden muslimat ditolak
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Perwakilan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan sepakat mengekalkan

PAS tetap laksanakan dasar kepimpinan ulama

PAS tetap laksanakan dasar kepimpinan ulama
Salmiyah Harun
Sat | May 16, 09 | 12:21:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982.

Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS.

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh.

Maka ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama, iaitu Almarhum Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Noor.

Jelasnya, apabila Fadhil Noor ditabalkan menjadi Presiden pula maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi menjadi timbalannya.

"Manakala selepas Hadi naik menjadi peneraju utama maka Ustaz Hassan Shukri pula menjadi timbalannya dan kemudian bertukar kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa hingga sekarang.

"Itulah mantapnya kepimpinan ulama yang diterima pakai hingga sekarang," tegas Haron Din ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau juga yakin seluruh ahli PAS memahami prinsip itu dan tidak ada kegusaran kerana mereka akur kepada muktamar.

Jelasnya, selagi muktamar tidak ubah keputusannya maka selama itulah PAS akan terus diterajui kepimpinan ulama.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan propaganda oleh media arus perdana yang memainkan isu dalaman PAS dan melaga-lagakan antara ulama dengan profesional.

Katanya, laporan media kerajaan seolah-olah menggambarkan ada pergolakan dalaman PAS dengan merebut jawatan yang dilihat sebagai suatu kurang sihat.

"Mungkin mereka (media) terpengaruh dengan politik Umno yang telah begitu parah dalam persaingan merebut jawatan.

"Maka akhbar yang dipunyai Umno ini seolah-olah sengaja untuk menggambarkan kemelut politik yang ada dalam PAS, sehingga sebahagian pimpinan PAS yang terheret ke dalam kencah itu lalu membuat komen seperti ada pertarungan dalaman merebut jawatan," jelas beliau.

Tambah Haron, modal asas media arus perdana ini adalah pertembungan antara ulama dengan profesional.

Mengulas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memantau pemilihan PAS, Haron berkata badan itu perlu bukti yang kukuh jika benar ada unsur-unsur rasuah.

Apa yang membimbangkan kata beliau, 'penyakit' rasuah dalam Umno cuba hendak dipalitkan ke dalam PAS.

"Keadaan ini seolah-olah hendak menggambarkan bukan sahaja Umno berpolitik wang malah PAS pun sedemikian," katanya.

Justeru, tegas beliau selagi tidak ada bukti nyata yang dapat diketengahkan perkara ini PAS menganggap unsur itu tidak wujud. - mks._

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS
Harakahdaily
Sat | May 16, 09 | 12:33:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassin Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

Bubar Dun Perak, Mahathir sindir BN

Bubar Dun Perak, Mahathir sindir BN
Roy Rasul
Sat | May 16, 09 | 12:12:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Tun Mahathir Mohamad dilihat memberi sindiran sinis kepada Barisan Nasional (BN) apabila beliau menyatakan parti tersebut tidak perlu adakan pilihan raya semula di Perak kerana beliau percaya BN akan kalah.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, mantan Perdana Menteri berkata demikian kerana beliau yakin itu hakikatnya.

Mungkin juga katanya, yang dihubungi Harakahdaily baru-baru ini, Tun Mahathir berasakan Umno terlalu takut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

"Ini kerana mereka yakin mereka tidak mungkin dapat mencapai kemenangan dan mereka sememangnya tahu 'mood' dan hati rakyat menolak BN minta Dun Perak dibubarkan," katanya.

Di Cyberjaya Khamis lalu, Tun Dr Mahathir di petik media menyarankan supaya BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dun Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

Menurut Salahuddin, Tun Mahathir mungkin tidak sanggup meminta untuk dibubarkan Dun Perak tetapi isyarat yang beliau beri itu jelas yakni menjurus kepada penyelesaian yang terbaik iaitu pembubaran Dun.

Ini katanya, mungkin Tun Mahathir melihat kekusutan yang ada pada hari ini memerlukan keputusan yang perlu dibuat oleh rakyat Perak sendiri. - mks

'Perdana Menteri Rakyat', Najib perlu buktikan di Perak!

'Perdana Menteri Rakyat', Najib perlu buktikan di Perak!
Salmiyah Harun
Sat | May 16, 09 | 11:49:07 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Jika benar Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menjadi 'Perdana Menteri Rakyat' sebagai bukti yang terbaik dan mukadimahnya beliau harus kembalikan hak rakyat Perak yang sudah 100 hari menjadi mangsa politiknya.

AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa, menyeru sebagai mukadimah untuk menggelarkan Najib sebagai perdana menteri rakyat beliau haruslah membela hak rakyat Perak untuk memilih parti mana yang mereka mahu.

"Selagi Najib tidak buktikan yang terbaik misalnya di Perak, beliau bukan 'Perdana Menteri Rakyat', jika beliau beri hak kepada rakyat kita boleh terima beliau sebagai permulaan sebagai 'Perdana Menteri Rakyat'," katanya semasa dihubungi.

Mujahid juga membidas BN, yang tidak malu dengan pengundinya di Perak yang hanya tinggal 46 peratus berbanding Pakatan Rakyat sebayak 54 peratus apabila tiba-tiba merampas negeri itu serta mengheret Speaker V.Sivakumar keluar dewan undangan negeri.

"Macamana Najib biarkan Zambry membuat rayuan di mahkamah rayuan supaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar jadi Menteri Besar. Najib telah menambah masalah kepada rakyat Perak," katanya.

Amat malanglah bagi rakyat, kata Mujahid, apabila Najib baru hendak bermesra dan memperjuangkan rakyat sedangkan Pakatan Rakyat lebih awal mementingkan hak rakyat.

"Ini bermakna selama ini BN tidak perjuangkan rakyat, sebelum ini tidak perjuangkan sebab baru hari ini nak jadi 'Perdana Menteri Rakyat' malanglah bagi rakyat.

"Pakatan Rakyat lebih awal, BN parti yang tidak punya aspirasi rakyat, sebab baru sekarang nak jadi pemimpin rakyat, dulu kata BN perjuangkan rakyat, bohonglah!" katanya.

Justeru katanya, Najib tidak ada 'political will' dan hasratnya mahu menjadi perdana menteri rakyat hanya retorik hendak menyedapkan halwa telinga rakyat.

Najib dilaporkan berkata akan sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru- baru ini.

Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

"Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," kata Najib. - mks.

Zambry hanya MB 'syok sendiri'

Zambry hanya MB 'syok sendiri'
Mohd Khalil Abdullah
Sat | May 16, 09 | 11:58:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) -PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan tindakan Dato' Seri Dr Zambry Abd. Kadir kembali bertugas sebagai 'Menteri Besar' adalah kemuncak kepada penderhakaan terhadap seluruh rakyat Perak.

Menurut Penasihat Undang-undang PAS Wilayah Persekutuan,Ahmad Zamri Khuzaimi,sungguhpun Zambry telah mendapatkan perintah penggantungan daripada Mahkamah Rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , tindakan Zambry kembali bertugas bersama barisan Exconya dilihat membelakangkan kehendak rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abd Rahim Isnin lalu telah mengesahkan lagi bahawa Dato' Seri Nizar sememangnya Menteri Besar Perak yang sah dan kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan pilihan rakyat Perak yang masih sah berkuasa.

"Apa yang dilakukan Zambry kini tidak lebih sebagai Menteri Besar yang 'syok sendiri' dengan menafikan kehendak majoriti rakyat,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, kedudukan Zambry kini hanya sebagai 'care taker' sahaja sementara menunggu selesainya proses rayuan di Mahkamah Rayuan dan berkemungkinan juga akan berakhir di Mahkamah Persekutuan yg merupakan mahkamah tertinggi negara.

"Justeru itu, beliau dan barisan Exconya tidak boleh membuat apa-apa keputusan yang bersifat dasar ataupun yang melibatkan kewangan negeri.

"Walaupun dari segi perundangannya, Zambry berhak untuk merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari, tetapi secara moralnya, Mahkamah Tinggi telahpun membuat keputusan yang jelas mencerminkan hasrat majoriti rakyat Perak yang mahukan kerajaan Pakatan Rakyat kembali menerajui negeri Perak,"katanya yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Titiwangsa.

Ahmad turut mengulas bahawa,keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dicapai selepas Hakim meneliti dan mendengar keterangan saksi-saksi dan hujahan-hujahan peguam kedua belah pihak dalam perbicaraan yang mengambil masa empat hari untuk diselesaikan.

"Zambry sepatutnya akur dengan keputusan tersebut demi menamatkan kemelut perebutan kuasa yang sudah berlanjutan lebih tiga bulan ini.

"PAS Wilayah Persekutuan juga melahirkan rasa kagum yang amat sangat di atas keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Selasa lalu yang disifatkan 'extra' efisyen dengan kelajuan yang sangat luar biasa.

Menurutnya, difahamkan bahawa permohonan untuk penggantungan penghakiman tersebut telah dibuat oleh peguam Zambry pada pagi tersebut dan ia didengar dan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Ramly Ali secara berseorangan dalam masa kurang tiga jam selepas permohonan tersebut difailkan.

"Ini merupakan satu rekod baru dalam sejarah kehakiman negara dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

"PAS Wilayah Persekutuan amat berharap agar kecekapan mahkamah dalam melupuskan kes sepantas ini dapat diteruskan ke mahkamah-mahkamah lain terutamanya yang melibatkan kes-kes jenayah,"jelasnya lagi.

Sementara itu menurut Ahmad,sehingga hari ini masih terdapat tahanan-tahanan reman yang sudah menunggu bertahun-tahun lamanya untuk dibicarakan dan masih belum diselesaikan.

"Setiap rakyat sepatutnya mendapat keadilan yang sama rata berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan doktrin hak asasi manusia dan tidak sepatutnya ada layanan istimewa diberikan kepada pihak-pihak tertentu.

"PAS Wilayah Persekutuan mengulangi dan menegaskan bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ini ialah dengan cara membubarkan DUN dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapakah yang layak untuk mewakili mereka dan menerajui kerajaan Negeri Perak.

"Selagi isu ini dibiarkan berlegar di mahkamah perundangan dengan mengheret insitusi istana, maka selagi itulah rakyat Perak akan terus berhadapan dengan konflik politik ini dengan tidak ada kesudahannya,"tegasnya. - mks. _

Nazri hina rakyat perak

Nazri hina rakyat perak
Abdul Aziz Mustafa
Sat | May 16, 09 | 11:15:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina rakyat Perak apabila mendakwa pilihan raya semula di negeri itu bagi menyelesaikan krisis politik hanya akan mewujudkan polarisasi kaum, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pilihan raya kecil baru sahaja berlangsung di Bukit Gantang. Jika Nazri gagal membuktikan wujudnya polarisasi kaum akibat pilihan raya kecil itu, beliau terdedah kepada tuduhan cuba melakukan provokasi ketegangan kaum secara halus.

"Jika beliau berniat melakukan perkara itu, eloklah segera memohon maaf kepada rakyat Perak malah seluruh rakyat Malaysia. Nazri sudah tua, eloklah memohon maaf sebelum terlambat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berkata, dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, rakyat dari pelbagai kaum bersatu dalam satu suara yang begitu padu untuk menolak Barisan Nasional.

"Di Bukit Gantang misalnya, rakyat membuktikan perpaduan yang luar biasa erat apabila sama-sama bangkit menolak Barisan Nasional.

"Gelombang sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya itu berlaku serentak tidak kira dari pengundi beragama Islam atau bukan Islam. Adakah itu polarisasi kaum?" katanya.

Mahfuz menyifatkan kenyataan Nazri itu mendedahkan dirinya sendiri kepada tuduhan buta sejarah, buta fakta, buta istilah, buta politik malah pelbagai kebutaan yang lain.

"Kenyataan Nazri itu hakikatnya adalah penerusan kempen berbau perkauman yang dilakukan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

"Kemuncaknya kita lihat dalam pilihan raya Bukit Gantang apabila Umno membangkitkan keresahan rakyat dengan mendakwa orang-orang Melayu kini tergugat dan berada dalam darurat.

"Orang Melayu tidak tergugat dan tidak berada dalam darurat, Umnolah yang sebenarnya tergugat dan berada dalam darurat terutama selepas pesta rasuah menjelang dan pada pemilihan parti itu baru-baru ini," kata beliau.

Amat malang, katanya lagi, apabila Umno cuba mendapat talian hayat dengan mengapi-apikan sentimen perkauman.

"Umno enggan menerima hakikat bahawa arus perdana rakyat Malaysia hari ini ialah menolak Barisan Nasional.

"Perkara itu jelas apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yakin Barisan Nasional akan kalah jika pilihan raya diadakan semula di Perak.

"Sebab itulah pemimpin-pemimpin Umno menggeletar ketakutan apabila diminta mempersetujui pilihan raya itu," katanya.

Bernama melaporkan Nazri berkata, desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecah-belahkan rakyat," katanya.