Saturday, May 30, 2009

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

Mohd Sabri Said
Sat | May 30, 09 | 1:40:46 pm MYT

PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.

Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.

Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.

Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. - mns

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun

Basiron Abdul Wahab
Sat | May 30, 09 | 3:51:44 pm MYT

TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara berperingkat mulai 9 Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya Manek Urai ini amat penting untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang di perintahnya, lebih-lebih lagi di Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS.

"Pilihan raya ini penting untuk Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di Kelantan, kubu kuat PAS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri di pejabatnya.

Beliau berkata, Umno dijangka akan bertanding melawan PAS di Manek Urai itu kerana parti itu beranggapan pilihan raya kecil Manek Urai bukan suatu pembaziran berbanding pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Katanya persepsi berbeza Umno itu memperjelaskan strategi memboikot pilihan raya kecil di Penanti bukanlah disebabkan isu pembaziran sebagaimana disebut-sebut Umno sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS Pahang telah mengarahkan PAS kawasan-kawasan menyediakan petugas untuk berjuang di Manek Urai bersama petugas dari negeri-negeri lain.

"Kita menjangka kira-kira 300 orang anggota parti akan bertugas di Manek Urai itu mengikut giliran yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Negeri," katanya.

Ditanya mengenai persiapan beliau untuk Muktamar PAS Pusat di mana beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

"Perwakilan bebas memilih dan dipilih, kita tiada apa-apa kempen untuk merebut jawatan (walaupun kempen itu dibenarnya selagi ia berada diatas landasan yang sihat).

"Saya menerima pencalonan kerana menghurmati hasrat kawasan-kawasan yang mahukan saya bertandang jawatan berkenaan dalam muktamar kali ini," ujarnya.

Selain Tuan Ibrahim, dua lagi tokoh PAS Pahang yang bertanding di peringkat pusat ialah Ustazah Azizah Khatib Mat dan Dr Hamzah Jaafar. - mns

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

Roy Rasul
Sat | May 30, 09 | 2:31:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin berkata PAS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada 14 Jun depan.

Ini katanya, ia merupakan kubu kuat PAS bahkan PAS menang beberapa kali dalam pilihan raya umum di situ.

Tambahan pula ujarnya sentimen rakyat masa kini yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Sebaliknya beliau berkata, banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi kedua-dua faktor ini saya ingat tidak ada masalah bagi PAS untuk menang dengan majoriti yang lebih besar.

"Dan mungkin kalau alasan yang diberikan BN di Penanti itu membazirkan wang dan sebagai, maka ini pun baik juga jika mereka tidak bertanding sebab kemungkinan kalah itu sangat besar," katanya semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

Namun katanya, adat orang yang bertanding Umno akan berasa mereka boleh berjaya walaupun secara peribadi mereka rasakan sukar untuk menang.

Untuk pengetahuan umum katanya, sudah pasti Umno akan mendakwa mereka ada harapan untuk menang.

"Ini sesuatu yang biasa, mana-mana juga termasuk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, memang itu yang dikatakan mereka," ujarnya sambil mendakwa, lazimnya di mana-mana pun akan diperkatakan Umno.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Dalam pada itu kata Ghazali berkata, buat masa ini beliau tidak nampak sebarang masalah dihadapi PAS.

Melainkan katanya, pihak lawan PAS permainkan isu dalaman PAS antaranya ulama, bukan ulama, Erdogan dan sebagainya.

"Malah itu yang dipermain-main kemudian akan juga permainkan isu rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Seperti mana isu di Penanti dibesar-besarkan isu calon Bebas, Aminah Abdullah dan sebagainya.

"Ini hendak menunjukkan dalam Pakatan Rakyat pun ada rasuah, ugutan dan sebagainya, maknanya PAS bersekongkol dengan orang-orang ini," dakwanya.

Bagaimanapun dakwanya, isu dalam PAS sendiri mungkin orang akan melihat isu Erdogan dan sebagainya yang kononnya berlaku perpecahan.

Apapun katanya, pada pengamatannya PAS tidak ada masalah.

Menyentuh mengenai keghairahan Umno untuk bertanding di Manek Urai, beliau berpandangan, senarionya berbeza kerana di Penanti Adunnya meletak jawatan.

Kerana itu katanya, Umno menganggap sebagai permainan politik Pakatan Rakyat.

Sebaliknya di Manek Urai itu meninggal dunia, mesti diadakan pilihan raya.

Kerana itu katanya, tidak pelik berlaku masalah perebutan dalam Umno untuk bertanding sejurus parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di Manek Urai.

"Setiap yang bertanding itu berasakan mereka ada harapan untuk menang jadi kalau ada perebutan dalam Umno satu perkara biasa," katanya. - mns

Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai

Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai
Roy Rasul
Sat | May 30, 09 | 1:53:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu di Pagoh, Johor iaitu kawasan parlimen Menteri Pelajaran, Tan Seri Muhyiddin Yassin akan dibawa di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pula, kata Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI, Hasni Abas.

Katanya kepada Harakahdaily semalam, kempen yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara Dato' A Samad Said dan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dalam sebuah majlis ceramah untuk mencapai bilangan sejuta poskad itu diminta sendiri Ketua Pemuda PAS, Kuala Kerai, Kelantan.

"Insya-Allah, selagi kempen tersebut tidak dibatalkan kami akan teruskan ke Manek Urai yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 14 Julai depan," katanya.

Beliau berkata pada bulan Jun ini mereka akan melancar kempen tersebut di kawasan Lembah Kelang pula.

Menurutnya sejak dilancarkan kempen tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun poskad tersebut dijual dengan harga seringgit sekeping.

"Kita akan teruskan misi kita dan akan memberi pemahaman kepada rakyat agar PPSMI dibatalkan," katanya.

Beliau berkata kempen itu bagi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) iaitu dengan tanda tangan rakyat sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu. - mns

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali

Nyza Ayob
Sat | May 30, 09 | 1:47:11 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah jentera Pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Abdul Fatah Harun menyelar kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang dilihat cuba untuk menyatakan sokongan kepada Umno apabila mengeluarkan kenyataan yang sinis terhadap parti yang diwakilinya itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Jika betul kenyataannya itu, saya minta Umno atau Barisan Nasional (BN) 'menggunakan beliau sebaik mungkin' untuk berceramah di Manek Urai. Jika BN sendiri mendengar idea atau pandangan beliau, BN sendiri akan terperangkap.

"Kenyataan Ibrahim Ali memang tidak boleh 'dipakai'. Sebenarnya kenyataan Ibrahim Ali ini sudah tidak didengar oleh rakyat Kelantan. Rata-rata pandangan masyarakat melihat sudah banyak pembangunan yang dilakukan sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan. Begitu juga dengan kawasan Manek Urai yang kita lihat sudah banyak perubahan pembangunan yang berlau," tegas beliau sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu, dalam kenyataannya menyatakan Pilihan raya kecil Dun Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan PAS mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Beliau juga menyatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya PAS berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.

Ibrahim juga menganggap sepanjang PAS menerajui Kelantan, banyak perkara boleh dipersoalkan daripada segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri yang menurut beliau tidak menampakkan sebarang kesan. - mns

HARAKAHDAILY : SABTU 30 MEI 2009

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali
Mohd Sabri Said
2009-05-30 13:40:46
PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai ..






PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun
TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara be

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu di Pa

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah jentera Pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek U