Friday, May 22, 2009

HARAKAHDAILY : AHAD 17 MEI 2009

Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah
Wan Nordin Wan Yaacob
2009-05-22 15:55:59
PUTRAJAYA, 22 Mei (Hrkh)- Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadirsebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberikeputusan menyebelahi Zambry...


MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
2009-05-21 17:05:50
PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh)- Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuatkeputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubungstatus Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad NizarJamaluddin dan Dato' ..

Pembubaran DUN Perak kian hampir
Dato' Husam Musa
2009-05-21 07:09:00
Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib Othman awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan...

Mustafa Ali sahkan tiada aduan politik wang dalam pemilihan PAS
Wan Nordin Wan Yaacob
2009-05-20 09:33:34
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh)- Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menegaskanpihaknya tidak menerima sebarang aduan samada rasmi atau tidakberhubung dakwaan politik wang dalam pemilihan PAS...

Rayuan Nizar, Khamis ini - PAS bimbang BN beli hakim
Irwan Muhammad Zain
2009-05-19 14:22:40
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Salahuddin Ayob menyokong penuh permohonan Dato' Seri Mohd NizarJamaluddin yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untukmendengar permohonannya...

Muktamar - Calon-calon pemilihan tiga sayap utama PAS
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
2009-05-19 10:41:55
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah membuat pengumuman berhubung senarai penuh pencalonan bagi pemilihan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat...

Dasar Islam jadikan PAS terus utuh - Presiden
BERA 18 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato� Seri Abdul Hadi Awang mempertegaskan bahawa dasar Islam a

Najib punca kemelut Perak!
Nyza Ayob
2009-05-17 10:35:44
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Febru..







SPR tentukan PRK DUN Manik Urai Khamis depan
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan

Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail
KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Adun Manek Urai, Haji Ismail

Malu kalah PRK, BN dinasihat tidak letak calon
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) dari terus malu dengan sir

Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker
KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud akan mema

Paksu Mail pemimpin berjiwa rakyat
KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - PAS dan kerajaan Kelantan kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat apa

Larangan al-Quran cegah 'selsema babi'
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) -Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 me

Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
KOTA BHARU, 21 Mei (Hrkh) - Umno tidak seharusnya terus berdegil mempertahan kubu yang rapuh di Perak, me

'Merampas kuasa' bukan budaya asing bagi Umno/BN
KUALA NERUS, 21 Mei (Hrkh) - Berdasarkan rekod masa lampau dan beberapa pilihan raya kecil yang berlaku

Mursyidul Am rasmi Konvensyen Kelab Penyokong PAS
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional akan berlangsung pada 30 M

'Hati rosak' punca politik gawat, organisasi lumpuh - Dr Azhar Yaakub
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Punca kerosakan di muka bumi, pergolakan politik dan sesebuah institusi ser

Keadilan Islam: Melayu Umno tolak, kaum lain terima
KETEREH, 21 Mei (Hrkh) � Ketika orang Melayu dalam Umno memperlekehkan keadilan Islam, sebaliknya orang b

Perbicaraan masih diteruskan, giliran Peguam Nizar berhujah
PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Setelah Mahkamah berehat kira-kira 15 minit, kini giliran peguam Dato' Seri Mo

Haron Din tarik diri tanding Timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Calon Timbalan Presiden PAS, Dato' Dr Haron Din hari ini mengesahkan menar

Nizar, isteri di Mahkamah Rayuan pagi ini
PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri, Datin Seri Fatimah Taat kini

Satu Umno pun gagal, jangan cakap Satu Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Penindasan sesama Umno sehingga menyebabkan ramai yang bertindak keluar dar

Mustafa Ali sahkan tiada aduan politik wang dalam pemilihan PAS

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menegaskan pihaknya

Obama diingat usah ulangi kerakusan George W Bush - Nik Aziz
KOTA BHARU, 20 Mei (Hrkh) - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dicadangkan mengadakan hubungan yang

Keputusan Dun tidak boleh dipersoal dalam Mahkamah
SHAH ALAM, 20 Mei (Hrkh) - Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor (JKHK) menggantung per

Penangkapan Ahli Parlimen dan Adun tidak munasabah
SHAH ALAM, 20 Mei (Hrkh) - Penangkapan Ahli Parlimen Serdang dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Teratai, Je

Krisis Perak, bimbang ada campur tangan di Mahkamah Rayuan esok - Mahfuz
SEREMBAN, 20 Mei (Hrkh) � Ketua Penerangan PAS, Dato� Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan sebarang ca

Umno Perlis bergolak, ada usaha burukkan imej Isa Sabu
KANGAR, 20 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat desas-desus penyertaan 1

PAS tuntut hakim berwibawa
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) PAS bukan sekadar menuntut panel lima hakim mahkamah rayuan dibentuk bagi men

Hashim Jasin tidak mahu tanding Timbalan Ketua Dewan Ulama
KANGAR, 20 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Hashim Jasin menyatakan hasrat beli

Krisis Perak, PAS tidak akan goyah walau demokrasi lumpuh!
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengulangi dakwaan

Ustaz Azizan tarik diri bertanding Timbalan Presiden
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Azizan Abdul Razak mengambil keputusan menarik diri dari merebu

Anwar cabar kesahihah pemecatan TPM di Mahkamah Rayuan esok
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim

Nyalakan lilin bantah krisis Perak : Dua wakil rakyat ditahan polis
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Sebelas orang termasuk dua wakil rakyat Pakatan Rakyat telah ditahan oleh p

Slogan Utamakan Rakyat, Najib dicabar bubar Dun Perak !
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dato' Kamarul Baharin Abbas mencabar Perdan

BN rancang konspirasi jahat buang Speaker - Sivakumar
KEMAMAN, 20 Mei (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar mendedahkan 'tragedi hit

Omar Hasan nafi kandungan blog, keluar arahan
PERMATANG PAUH, 20 Mei (Hrkh)- Yang Dipertua PAS Permatang Pauh merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya

Kerajaan Selangor hargai peranan media
PETALING JAYA, 20 Mei (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri Selang

Mengisi Hari Ibu, Jururawat di Hospital Ampang
SEMINGGU menemani anak lelaki saya, Ahmad Ikmal Syafiq, 12, yang dimasukkan ke wad Hospital Ampang bermula jam

MB minta rakyat doakan kesejahteraan Sultan Kelantan
Wartawan Kita
Tue | May 19, 09 | 7:12:01 pm MYT

Elak imej PM baru tercalar, BN tolak tanding di Penanti
KOTA BHARU, 19 Mei (Hrkh) - Mengejutkan apabila presiden baru Umno, Dato' Seri Najib Razak tiba-tiba meng

Media bantu rakyat nilai kebenaran krisis Perak
Para pemimpin Barisan Nasional (BN) terbukti semakin terdesak dan menggelabah dengan perkembangan kemelut

Kes Nizar: Lima hakim perlu ada integriti
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyokong penuh permoho

Umno/BN takut pada bayang-bayang
PERMATANG PAUH, 19 Mei (Hrkh) - Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang, Mustaffa

BN tidak bertanding bukti Najib akur kekuatan Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Keputusan BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Penanti memb

BN cenderung bubar DUN Perak?
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) Kata sepakat dalam Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa walaupun keput

Elak Penanti - Najib takut imej tercalar lebih teruk
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyelar keputusan Pe

Media bantu rakyat nilai kebenaran krisis Perak
Para pemimpin Barisan Nasional (BN) terbukti semakin terdesak dan menggelabah dengan perkembangan keme

Enggan bertanding di Penanti bukti Najib pengecut
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Keengganan Barisan Nasional (BN) bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewa

Penjelasan terhadap kenyataan yang salah dalam Sinar Harian, 18 Mei 2009
Di sini saya ingin perjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian 18 Mei, 2009 yang menyimpang l

Elak berulang tragedi 13 Mei: PAS teroka politik baru di Malaysia
KOTA BHARU, 18 Mei (Hrkh) - Masihkah anda ingat peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang mencata

Lutfi, isteri ucap terima kasih atas keprihatinan pembaca
Allahmdulillahi Rabbil 'alamin. Dengan limpahan Rahmat-Nya, yang memberi sesuatu ujian dan menyelesaikan den

Guru pendinding ampuh bendung anasir negatif
Selamat Hari Guru diucapkan kepada para guru Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik gener

Terima kasih Cikgu kerana 'selamatkan' saya...
Masih belum terlewat untuk menitipkan sebaris kalimah yang tidak mungkin boleh membalas budi baik, niat ikhlas d

Wabak influenza A: Saringan mesti diperketatkan, tidak lalai
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa yang menerima kemasuk

Najib tiada kekuatan untuk buat perubahan politik
BERA 18 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan Parti KeAdilan Rakyat Pahang, Ahmad Nizam Hamid mengatakan, P

Apabila yang haram jadi Menteri Besar
MINGGU lepas suasana politik negara kita agak aneh. Dalam suasana tegang kerana penyalahgunaan pasukan k

KSN digesa 'ambil balik' SU Perak
SEREMBAN, 18 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar meminta Ketua Setiausaha

Kempen sejuta tandatangan, wanita desak bubar DUN Perak
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh)- Wanita Pakatan Rakyat akan turun padang untuk bertemu rakyat bagi mengumpul

Zahid juga bertanggungjawab atas kemelut Perak
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perak ketika berlakunya kerajaan kudeta 5 F

Tiada lagi budaya suapan projek di Selangor
KETEREH, 17 Mei (Hrkh) - Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di neg

Tidak wajar tuduhan tanpa bukti disebarkan - Nik Aziz
KOTA BHARU, 17 Mei (Hrkh) - Perwakilan PAS diharap tidak berkompromi dengan calon-calon yang dikatakan me

Segalanya 2 di Perak, 1 halal dan 1 haram - Sivakumar
KOTA BHARU, 17 Mei (Hrkh) - Aneh lagi luar biasa. Mungkin juga boleh menjadi tarikan pelancong. Ini keran

Isu Altantuya Najib PM baru takut ke luar negara
SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Se

Petugas PAS diajak berkampung di Penanti
PERMATANG PAUH, 17 Mei (Hrkh) -Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS s

Soal ketelusan badan kehakiman, Mahfuz sanggah Khairy
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyanggah kenyataan ya

Iktibar daripada cerita Presiden Obama
SEBUAH universiti di Amerika memutuskan tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Presiden Barack O

Isu Perak: Husam jumpa pimpinan BN
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) -Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengambil inisiatif untuk me

Hadapi pembubaran Dun Perak, Petugas PAS diarah bersedia
TEMERLOH, 17 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan

Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah

Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah
Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | May 22, 09 | 3:55:59 pm MYT

PUTRAJAYA, 22 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.

Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.

Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan.

Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.

"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya.

Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.

"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.

"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.

Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.

Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.

"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.

Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.

"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.

Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.

Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.

Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.

"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.

"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.

"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.

Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).

"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.

Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.

"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.

"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.

Terdahulu sebelum persidangan bermula, barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.

Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Zambry dan Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar selepas BN mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.

Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. - azm/mks.

SPR tentukan PRK DUN Manik Urai Khamis depan

SPR tentukan PRK DUN Manik Urai Khamis depan
Harakahdaily
Fri | May 22, 09 | 5:09:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan, yang kosong berikutan kematian penyandangnya Haji Ismail Yaacob,60, pagi tadi.

Menurut laporan Bernama,Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi berkata mesyuarat akan diadakan pada hari berkenaan sekiranya surat pemakluman mengenai kekosongan dihantar pada Isnin.

"Mesyuarat dijangka bermula pada 10 pagi dan SPR akan memaklumkan pada hari sama mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian," katanya.

Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud hari ini berkata kekosongan kerusi DUN Manik Urai akan dimaklumkan kepada SPR, Isnin ini.

Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu kira-kira 5.50 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Beliau, yang mewakii PAS, mula memenangi DUN Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Sementara itu, ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Ismail di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.- mks._

Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail

Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail
Salmah Mat Husain
Fri | May 22, 09 | 3:23:07 pm MYT

KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob, 60, di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.

Anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kematian Paksu Mail biar pun beliau baru dikenali secara dekat hampir dua tahun lalu.

Katanya, biar pun baru kenal namun hubungan dengannya begitu mesra dan mudah diajak berunding.

"Personaliti Paksu Mail memang cukup hebat di kalangan masyarakat kampung. Semua orang yang ditemui kenal beliau. Allahyarham bersikap sederhana biar pun sudah lama menjadi wakil rakyat.

"Pemimpin sepertinya memang sukar untuk dicari ganti. Kita sama-sama doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh," katanya ketika ditemui di sini.

Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, nama Paksu Mail sudah sinonim dengan penduduk Manek Urai kerana semua orang mengenalinya.

Menurutnya Paksu Mail merupakan penggerak utama kepada bahagian keselamatan PAS ketika berlangsung pilihan raya atau sesuatu program besar.

Kata beliau watak yang ada padanya biar pun tegas namun mudah didekati kawan dan lawan. - mj/mks.

MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok

MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | May 21, 09 | 5:05:50 pm MYT

PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.

Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.

Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop. - azm

Malu kalah PRK, BN dinasihat tidak letak calon

Malu kalah PRK, BN dinasihat tidak letak calon
Salmiyah Harun
Fri | May 22, 09 | 2:12:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) dari terus malu dengan siri kekalahan pilihan raya kecil, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali mencadangkan parti itu tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manik Urai nanti.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Agung tengah hari tadi berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Ismail Yaacob pagi tadi.

Mustafa juga berkata, sekalipun BN menyertai pilihan raya kecil itu dan ditakdirkan menang ianya tidak boleh mengubah kerajaan PAS Kelantan.

" Oleh kerana senario BN yang kini berfikir soal duit yang tidak ada dan membazir (jika buat pilihan raya). Saya cadangkan Umno tak payah masuk dalam pilihan raya kecil. Saya yakin BN akan kalah. Duit habis, malu lagi," katanya.

Jelasnya, PAS akan mengikut perlembagaan yang ditetapkan, dengan meletakkan calon dalam pilihan raya Dun Manik Urai nanti.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Paksu Mail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas dirawat sejak 26 April.

Seminggu selepas dimasukkan ke wad beliau dipotong sebelah kakinya memandangkan keadaan penyakitnya semakin menular.

Beliau menderita penyakit gaot sejak kembali dari Makkah setahun lalu. - mks.

Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker

Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker
Wartawan Kita
Fri | May 22, 09 | 12:45:53 pm MYT

KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud akan memaklumkan secara rasmi kekosongan kerusi di Dun Manek Urai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini.

Beliau berkata, pemakluman secara rasmi akan dihantar pada tarikh terbabit disebabkan hari ini dan esok cuti mingguan di Kelantan. Manakala Ahad pula cuti mingguan di Kuala Lumpur.

Perkara 46 (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan menyatakan sesuatu kekosongan luar jangka kerusi di Dun perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas tarikh dipastikan kekosongan oleh SPR.

"Saya akan kempilkan bersama surat kematian Adun terbabit bagi memaklumkan kekosongan tersebut. Surat rasmi akan dihantar kepada Pengarah SPR Kelantan dan ibu pejabat SPR," katanya di sini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ismail mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi, manakala Zulkifli (4,394 undi).

Pada pilihan raya ke-11 tahun 2004, Zulkifli menang dengan majoriti tipis sebanyak 53 undi mengatasi calon PAS ketika itu, Ustaz Zamzuri Mat Lazim. - mj

Paksu Mail pemimpin berjiwa rakyat

Paksu Mail pemimpin berjiwa rakyat
Lanjusoh
Fri | May 22, 09 | 11:47:49 am MYT

KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - PAS dan kerajaan Kelantan kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat apabila Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 meninggal dunia kira-kira jam 5.50 pagi tadi.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Paksu Mail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas dirawat sejak 26 April.

Seminggu selepas dimasukkan ke wad beliau dipotong sebelah kakinya memandangkan keadaan penyakitnya semakin menular.

Allahyarham menderita penyakit gaot sejak kembali dari Makkah setahun lalu.

Bagaimanapun penyakitnya mulai menular sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan. Ekoran itu beliau dihantar ke Hospital Kuala Krai oleh keluarga.

Selepas itu beliau dipindahkan pula ke HRPZ (II) untuk mendapat rawatan lanjut.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus berbanding sebelum ini.Image

Ketika di wad beliau dikesan pula terdapat masalah jantung sehingga dipindahkan ke wad CCU.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kematian Paksu Mail merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan kerajaan negeri.

Katanya, kematiannya pada hari Jumaat mendapat fadhilat yang besar dan ditambah pula telah menderita sakit agak lama.

"Sebelum ini ketika saya menziarahinya sekembali daripada menggerjakan ibadat umrah beliau memberitahu mengidap sakit gaot, darah tinggi dan jantung.

"Kita doakan semoga Allah mengampunkan segala kesalahan beliau dan ditempatkan rohnya bersama orang yang soleh.

"Bagi ahli-ahli keluarganya hendaklah kita banyak-banyak bersabar kerana hari ini orang lain, mungkin esok lusa kita pula yang dipanggil mengadap Allah," katanya ketika dihubungi di sini.

Timbalan Pesurujaya PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, Paksu Mail merupakan seorang pemimpin veteran parti yang banyak berjasa memperkukuhkan pengaruh PAS di kawasan Kuala Krai.

Katanya, ketika PAS kehilangan kuasa di Kelantan pada 1978 beliau telah banyak membantu membangkitkan semula pengaruh PAS di kawasan hulu.

Menurutnya hasil gerak kerjanya membolehkan PAS bertapak semula di Manek Urai pada 1986 setelah merampas kerusi tersebut daripada Umno.

Ditanya persediaan menghadapi pilihan raya kecil katanya, Badan Perhubungan PAS Kelantan akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin bagi membincangkan isu tersebut.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Paksu Mail memang dikenali di kalangan masyarakat kampung kerana mudah mesra dan senang didekati.

Katanya, Allahyarham benar-benar seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

"Biar pun tidak mempunyai pendidikan tinggi namun beliau lebih disenangi masyarakat kerana pergaulannya luas tanpa mengira usia. Beliau mudah ditemui di mana sahaja," katanya.

Jenazahnya dibawa pulang ke Manek Urai yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Bharu pagi tadi. Allahyarham akan disembahyangkan selepas Jumaat ini yang dijangka diimamkan Menteri Besar.

Turut menzirahi di rumahnya di Kampung Manek Urai lama pagi tadi, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan pemimpin PAS Kuala Krai.

Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan. Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986 mengalahkan Dato� Wan Zaid Wan Abdullah.

Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan calon PAS di Dun Manek Urai ketika itu diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Kampung Manek Urai Lama yang terletak tidak jauh dari rumahnya. - Al Fatihah. - mj _

Larangan al-Quran cegah 'selsema babi'

Larangan al-Quran cegah 'selsema babi'
Azamin Amin
Fri | May 22, 09 | 10:05:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 172, mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia.

Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat,

"Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya dalam rancangan Halaqah terbitan TV9 malam semalam yang bertajuk "Selsema Babi" bersama ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof.

Dalam pada itu, Dr Danial menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekalgus boleh menukarkan virus menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia.

"Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lenih 25 jenis penyakit," katanya.

Malah kata Dr Danial 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu".

"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918," katanya

Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit.

Babi katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya.

"Dalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang tersebut dan memberitahu tentang bahayanya," kata Dr Danial lagi.

Dalam kesimpulan diskusi rancangan agama itu, Farid Ravi menjelaskan bahawa doa adalah merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan.

"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak.

"Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Sementara itu Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.

"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.

Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.

"Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran.

"Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya. - azm

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah
Harakahdaily
Fri | May 22, 09 | 9:28:33 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) -Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi.

Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN. - azm