Showing posts with label Krisis PERAK. Show all posts
Showing posts with label Krisis PERAK. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

Krisis Perak, PAS tidak akan goyah walau demokrasi lumpuh!

Krisis Perak, PAS tidak akan goyah walau demokrasi lumpuh!
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | May 20, 09 | 10:43:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengulangi dakwaan bahawa Barisan Nasional lah punca kepada krisis politik di Perak berlanjutan.

Semasa mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa pembangkang punca kepada krisis itu, Presiden PAS menyifatkan "Bak kata pepatah Arab dia memukul saya, dia yang menangis,"

"Dia yang zalimi saya dia yang mengadu" sambung Presiden PAS meneruskan ulasannya ketika ditemui Harakah pada 18 Mei lalu di pejabatnya dekat sini.

Beliau juga mempersoalkan pihak mana yang terlebih dahulu menimbulkan kekecohan sehingga rampasan kuasa berlaku di Perak.

"Siapa yang menimbulkan kekecohan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak?.Semua tahu BN melakukan rasuah politik dan rasuah," katanya.

BN juga kata Tuan Guru Abdul Hadi mengambil langkah melantik Menteri Besarnya dan memecat MB yang sah (Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin) tanpa tanpa mengikut prosedur termasuk melalui sidang dewan atau mengikut perlembagaan.

Tuan Guru Abdul Hadi juga menyatakan tindakan BN itu membelakangi proses demokrasi yang baik.

Beliau juga berpendirian seandainya tidak berlaku pembubaran Dun, negara menuju ke arah melumpuhkan demokrasi.

"Kita beri amaran, perjuangan PAS tidak akan luntur walaupun demokrasi dilumpuhkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Pakatan Rakyat mahu Dun Perak dibubarkan dan hak memilih kerajaan yang sah perlu diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pakatan Rakyat menghormati Istana tetapi yang membuat keputusan bukan Istana, bukan hakim tetapi rakyat.

"Di Perak kita yakin akan menang lebih besar kerana (rakyat) mahukan perubahan," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman menegaskan sudah tiba masanya rakyat Perak diberi peluang menggunakan hak mereka bagi menentukan kerajaan pilihan mereka.

Ujar Abu Talib, perkara itu adalah selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan hanya kerajaan yang stabil akan dapat memastikan hak kepada keamanan dan pembangunan.

Insiden yang berlaku semasa sidang Dun Perak 7 Mei lalu, dimana polis dan kakitangan awam bertindak bersama kerajaan yang memperoleh kuasa dengan keadaan yang kontroversi membelakangi prinsip hak asasi, katanya.

Mereka yang bertugas dalam polis dan pentadbiran mesti tetap setia kepada kepentingan awam dan menghormati hak asasi manusia, katanya.

"Usul memecat Speaker Dewan yang sah dan pengusiran beliau dari dewan serta tindakan polis menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ahli masyarakat keseluruhannya.

"Seterusnya menimbulkan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi kepentingan awam," katanya dalam satu kenyataan pada 18 Mei kepada media.

Menurutnya, Malaysia adalah negara demokratik yang berpegang kepada hak asasi manusia dan sistem perundangan adil.

Namun, kecelaruan yang berlaku pasti meninggalkan titik hitam dalam usaha kita mempromosi prinsip demokrasi dan hak asasi manusia.

Sehubungan itu, katanya kerajaan diharap akan dapat bertolak ansur dan menghargai demonstrasi awam secara aman berbanding polisi dan tindakan yang dianggap kurang popular. _

Tuesday, May 19, 2009

Media bantu rakyat nilai kebenaran krisis Perak

Media bantu rakyat nilai kebenaran krisis Perak
Mat Zain Mat Isa
Tue | May 19, 09 | 4:34:46 pm MYT

Para pemimpin Barisan Nasional (BN) terbukti semakin terdesak dan menggelabah dengan perkembangan kemelut politik Perak. Tidak cukup dengan seluruh saluran media cetak dan elektronik dikuasainya dikerah menyiarkan propaganda parti itu, Umno kini terpaksa memanipulasi media siber bagi 'menegakkan benang basah' di pihaknya.

Persepsi umum cuba dibentuk menerusi ulasan dan huraian saban hari terhadap keputusan dua mahkamah awal minggu lalu berhubung siapa sebenarnya layak diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Walaupun keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS sepatutnya dijadikan status quo, elaborasi lebih meluas diberikan secara positif kepada keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang memihak BN keesokannya.

Beberapa ungkapan yang tidak lekang disebut hampir setiap pemimpin BN, yang kemudiannya dipanjangkan pemerhati dan pengulas politik berkisar kepada menjustifikasi tindakan dibuat BN dalam mengambil alih kerajaan Perak, awal Februari.

Meskipun sudah diputuskan mahkamah tindakan merampas kuasa itu tidak sah dan jawatan menteri besar dikembalikan kepada Nizar, ada kecenderungan sangat ketara di kalangan para pemimpin BN mengingkari keputusan tersebut. Olahan dan gambaran mereka sewenang-wenangnya menjurus kepada menyimpulkan kononnya setiap sudut tindakan BN adalah berperaturan, mematuhi perlembagaan dan bertepatan dengan demokrasi.

Ayat akhir mereka dalam meyakinkan betapa betul dan benarnya tindakan itu, setiap mereka mengulang sebut bahawa ia mendapat pengiktirafan dan restu pihak istana.

Maka akhirnya disimpulkan bahawa sebarang usaha mencabar dan menggugat kerajaan yang direstui istana adalah perbuatan tidak menghormati institusi berkenaan, selain turut dilabelkan sebagai gila kuasa, tidak demokratik, jahil undang-undang dan seumpamanya.

Di atas premis sama, beberapa pihak meminta para pemimpin Pakatan Rakyat tidak meneruskan hasrat mendesak Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun). Selain mengaitkan sebuah pilihan raya semula di negeri itu dengan segala macam gambaran negatif dan sia-sia, desakan itu juga dilabelkan sebagai menderhakai restu yang telah diberikan istana terhadap kerajaan BN.

Itulah gambaran betapa terdesaknya BN. Setelah segala saluran media dikuasainya gagal menguasai minda dan penerimaan rakyat, parti itu tiada pilihan melainkan terus memainkan sentimen berkaitan institusi istana. Mereka tidak jemu-jemu cuba mengaitkan apa juga tindakan para pemimpin Pakatan sebagai suatu yang tidak menghormati istana.

Cerita kononnya pihak istana amat tidak menyenangi para pemimpin Pakatan tersebar luas. Malah Insiden Nizar dan Exco Kanan, Ngeh Koo Ham dipanggil ke Petarakna Diraja semasa kekecohan dalam Dun Perak tempohari juga diulas sebagai tanda kemurkaan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah terhadap tindak-tanduk Adun-Adun Pakatan.

Barangkali kecekapan jurufoto beberapa akhbar alternatif merakamkan gambar Raja Muda itu bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim yang tersenyum sambil berbual mesra dengan Nizar dan isteri pada satu istiadat di Istana Iskandariah, 12 Mei lalu adalah satu pukulan maut buat propaganda BN tadi.

Gambar itu disiarkan Harakah edisi 15 Mei dan turut dipaparkan mingguan Siasah, 17 Mei. Seperti sering dikata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkara. Paling penting, segala fitnah dan tohmahan jahat dilontarkan seluruh agen BN dalam memburukkan hubungan istana dengan Pakatan terbukti palsu.

Kini BN, khususnya Umno tampil dengan usaha terbaru. Buntu dengan laporan dan paparan media cetak dan elektronik yang gagal menambat kepercayaan rakyat, ia beralih pula kepada media siber. Antara lain, parti itu mewujudkan blog khas �Selamatkan Perak�.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan minggu lalu menyeru orang awam melayari blog itu dan melihat sendiri apa yang didakwanya sebagai �rakaman penuh� perjalanan sidang Dun Perak pada 7 Mei lalu. Beliau menaruh harapan bahawa rakaman itu membolehkan rakyat menyaksikan apa yang didakwanya �keganasan wakil pembangkang� sepanjang kekecohan sidang tersebut, termasuk tindakan rakus BN �meragut� kerusi diduduki Speaker Dun, V. Sivakumar.

Sama ada BN sedar atau tidak, selain ulasan dan cerita terperinci oleh para pemimpin Pakatan menerusi ceramah mereka di luar sana, rakaman bebas insiden itu juga dikatakan telah berada di pasaran dan menjadi tontonan rakyat.

Setakat ini, saluran media alternatif lebih ke hadapan menjelaskan keadaan berbanding media dikuasai BN. Lebih utama lagi, rakyat lebih percayakan kebenaran dipaparkan media-media alternatif dalam memahami kebenaran krisis di Perak. - mns

Media bantu rakyat nilai kebenaran krisis Perak

Media bantu rakyat nilai kebenaran krisis Perak
Mat Zain Mat Isa
Tue | May 19, 09 | 11:48:40 am MYT

Para pemimpin Barisan Nasional (BN) terbukti semakin terdesak dan menggelabah dengan perkembangan kemelut politik Perak.

Tidak cukup dengan seluruh saluran media cetak dan elektronik dikuasainya dikerah menyiarkan propaganda parti itu, Umno kini terpaksa memanipulasi media siber bagi 'menegakkan benang basah' di pihaknya.

Persepsi umum cuba dibentuk menerusi ulasan dan huraian saban hari terhadap keputusan dua mahkamah awal minggu lalu berhubung siapa sebenarnya layak diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Walau pun keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS sepatutnya dijadikan status quo, elaborasi lebih meluas diberikan secara positif kepada keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang memihak BN keesokannya.

Beberapa ungkapan yang tidak lekang disebut hampir setiap pemimpin BN, yang kemudiannya dipanjangkan pemerhati dan pengulas politik berkisar kepada menjustifikasi tindakan dibuat BN dalam mengambilalih kerajaan Perak, awal Februari.

Meski pun sudah diputuskan mahkamah tindakan merampas kuasa itu tidak sah dan jawatan menteri besar dikembalikan kepada Nizar, ada kecenderungan sangat ketara di kalangan para pemimpin BN mengingkari keputusan tersebut.

Olahan dan gambaran mereka sewenang-wenangnya menjurus kepada menyimpulkan kononnya setiap sudut tindakan BN adalah berperaturan, mematuhi perlembagaan dan bertepatan dengan demokrasi.

Ayat akhir mereka dalam meyakinkan betapa betul dan benarnya tindakan itu, setiap mereka mengulangsebut bahawa ia mendapat pengiktirafan dan restu pihak istana.

Maka akhirnya disimpulkan bahawa sebarang usaha mencabar dan menggugat kerajaan yang direstui istana adalah perbuatan tidak menghormati institusi berkenaan, selain turut dilabelkan sebagai gila kuasa, tidak demokratik, jahil undang-undang dan seumpamanya.

Di atas premis sama, beberapa pihak meminta para pemimpin Pakatan Rakyat tidak meneruskan hasrat mendesak Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Selain mengaitkan sebuah pilihan raya semula di negeri itu dengan segala macam gambaran negatif dan sia-sia, desakan itu juga dilabelkan sebagai menderhakai restu yang telah diberikan istana terhadap kerajaan BN.

Itulah gambaran betapa terdesaknya BN. Setelah segala saluran media dikuasainya gagal menguasai minda dan penerimaan rakyat, parti itu tiada pilihan melainkan terus memainkan sentimen berkaitan institusi istana. Mereka tidak jemu-jemu cuba mengaitkan apa juga tindakan para pemimpin Pakatan sebagai suatu yang tidak menghormati istana.

Cerita kononnya pihak istana amat tidak menyenangi para pemimpin Pakatan tersebar luas. Malah Insiden Nizar dan Exco Kanan, Ngeh Koo Ham dipanggil ke Petarakna Diraja semasa kekecohan dalam Dun Perak tempohari juga diulas sebagai tanda kemurkaan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah terhadap tindak-tanduk Adun-Adun Pakatan.

Barangkali kecekapan jurufoto beberapa akhbar alternatif merakamkan gambar Raja Muda itu bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim yang tersenyum sambil berbual mesra dengan Nizar dan isteri pada satu istiadat di Istana Iskandariah, 12 Mei lalu adalah satu pukulan maut buat propaganda BN tadi.

Gambar itu disiarkan Harakah edisi 15 Mei dan turut dipaparkan mingguan Siasah, 17 Mei. Seperti sering dikata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkara. Paling penting, segala fitnah dan tohmahan jahat dilontarkan seluruh agen BN dalam memburukkan hubungan istana dengan Pakatan terbukti palsu.

Kini BN, khususnya Umno tampil dengan usaha terbaru. Buntu dengan laporan dan paparan media cetak dan elektronik yang gagal menambat kepercayaan rakyat, ia beralih pula kepada media siber. Antara lain, parti itu mewujudkan blog khas 'Selamatkan Perak'.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan minggu lalu menyeru orang awam melayari blog itu dan melihat sendiri apa yang didakwanya sebagai 'rakaman penuh' perjalanan sidang Dun Perak pada 7 Mei lalu.

Beliau menaruh harapan bahawa rakaman itu membolehkan rakyat menyaksikan apa yang didakwanya 'keganasan wakil pembangkang' sepanjang kekecohan sidang tersebut, termasuk tindakan rakus BN �meragut� kerusi diduduki Speaker Dun, V Sivakumar.

Sama ada BN sedar atau tidak, selain ulasan dan cerita terperinci oleh para pemimpin Pakatan menerusi ceramah mereka di luar sana, rakaman bebas insiden itu juga dikatakan telah berada di pasaran dan menjadi tontonan rakyat.

Setakat ini, saluran media alternatif lebih ke hadapan menjelaskan keadaan berbanding media dikuasai BN. Lebih utama lagi, rakyat lebih percayakan kebenaran dipaparkan media-media alternatif dalam memahami kebenaran krisis di Perak. - mr_

Monday, May 18, 2009

KSN digesa 'ambil balik' SU Perak

KSN digesa 'ambil balik' SU Perak
Faiz Abdullah
Mon | May 18, 09 | 10:24:24 am MYT

SEREMBAN, 18 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya 'mengambil balik' Setiausaha Kerajaan Negeri (SU) Perak iaitu Dato' Abdul Rahman Hashim kerana gagal mengikut peraturan dan tidak bertanggungjawab.

Zulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Mohd Sidek yang mengatakan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Nizar Jamaluddin tiada kuasa untuk mengantung SKN Perak, Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut Zulkefly, Menteri Besar ibarat seorang Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) dan adalah menjadi peraturan 'standard' setiap SU harus bertanggungjawab pada kerajaan negeri dan seterusnya melapor diri pada menteri besar.

Malah Abdul Rahman tidak boleh membuat tindakan sesuka hati dan mendahului menteri besar berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri, katanya.

"Apa berlaku di Perak adalah jelas bahawa Abdul Rahman telah melakukan beberapa perkara yang bertentangan dan melanggar undang-undang.

"Antaranya menghalau Nizar dari pejabat, berpihak kepada Umno- BN, terlibat dalam kemelut Sidang DUN dan menghalang Nizar dari jalankan tugas sebagai menteri besar," jelas Zulkefly.

Berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Abdul Rahman, maka adalah tidak sesuai untuk Abdul Rahman memegang jawatan SU Perak.

"Jika Mohd Sidek berkata bahawa menteri besar tiada kuasa, jadi sebagai ketua kerajaan negeri, apakah kuasa yang Nizar ada jika pegawai kerajaan melangkaui undang-undang dan langgar peraturan?

" Oleh yang demikian saya meminta agar Mohd Sidek mengambil balik Abdul Rahman kerana gagal laksanakan peraturan, tidak bertanggungjawab dan maka tidak layak menjadi SKN Perak," katanya lagi.

Zulkefly turut mengulas bahawa tindakan Abdul Rahman memberi notis Sidang DUN dan kenyataan media adalah tindakan menafikan kuasa Speaker V.Sivakumar.

Maka oleh kerana terlalu banyak salah laku yang dilakukan oleh Abdul Rahman, maka adalah wajar Mohd Sidek 'mengambil semula' Abdul Rahman dari pentadbiran kerajaan Negeri Perak. - azm _

Kempen sejuta tandatangan, wanita desak bubar DUN Perak

Kempen sejuta tandatangan, wanita desak bubar DUN Perak
Harakahdaily
Mon | May 18, 09 | 9:58:34 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh)- Wanita Pakatan Rakyat akan turun padang untuk bertemu rakyat bagi mengumpul sejuta tandatangan sebagai gambaran suara hati sebenar rakyat untuk mendesak supaya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perakdengan segera bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Kempen tersebut dilancarkan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, 15 Mei lalu yang dipengerusikan oleh Wanita KeADILan Zuraida Kamaruddin.

Memorandum berkenaan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak secepat mungkin bersama sejuta tandatangan rakyat Perak yang melambangkan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk melihat pilihan raya diadakan bagi mengatasi kemelut politik di negeri itu.

Dalam ucapannya Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, kempen untuk mendesak pembubaran Dewan akan menjadi kenyataan jika semua pihak terutama golongan wanita di negeri ini memainkan peranan masing-masing.

Tambah beliau golongan wanita merupakan 52% daripada jumlah pengundi berdaftar di negeri Perak dan mampu menjadi satu kuasa pendesak yang berkesan untuk mencapai objektif pembubaran Dun dalam masa terdekat.

"Kempen untuk mendesak agar Dun Perak dibubar memerlukan peranan wanita kerana mereka memainkan peranan penting dalam kempen ini," kata Zuraida yang dipetik daripada Suara KeADILan

Sementara itu Ketua Wanita DAP Chong Eng yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata sudah sampai masanya golongan wanita tampil ke depan untuk meniupkan semangat juang agar kempen mendesak pembubaran Dun menjadi kenyataan.

"Saya berasa kempen ini sangat bermakna kerana ianya pertama kali diadakan yang diterajui oleh wanita. Sudah sampai masa untuk wanita bangkit dan mengambil bahagian dalam perkara yang penting seperti ini," tegas beliau.

Kempen ini juga akan mendapatkan kerjasama ketua kampung di seluruh negeri Perak bagi mendapatkan tandatangan penduduk kampung yang kemudiannya akan diserahkan kepada wakil rakyat masing-masing.

Turut hadir pada pelancaran kempen mengumpul tandatangan ini ialah Ketua Muslimat Pas Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Perak. - azm _

Zahid juga bertanggungjawab atas kemelut Perak

Zahid juga bertanggungjawab atas kemelut Perak
Azamin Amin
Mon | May 18, 09 | 9:46:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perak ketika berlakunya kerajaan kudeta 5 Februari lalu, Dato' Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab atas kemelut yang yang terjadi di negeri Perak.

Adun Titi Serong, Drs Idham Lim berkata kenyataan Naib Presiden Umno itu bahawa kekecohan politik akan berlaku bila diadakan pilihanraya adalah alasan kebudak-budakan dan alasan terdesak Zahid.

Katanya lagi pandangan Zahid itu dilihat melawan arus dan menunjukkan sikap yang sebenar Zahid dalam menghadaqpi kemelut yang berlaku di negeri kelahirannya sendiri.

"Sepatutnya dia lebih bertanggung jawab kerana dialah Timbalan Pengerusi Umno Perak dalam masa kudeta berlaku pada 5 Februari 2009 yang lepas.

"Walaupun kes (Menteri Besar Perak) telah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan.

"Sepatutnya dia kena bertanggung jawab kepada situsi politik di Perak , bukan main lepas cakap sahaja," katanya yang dipetik daripada laman blognya.

Kata Idham lagi desakan diadakan pilihan raya negeri dibuat oleh Pakatan Rakyat mestilah diambil kira oleh Naib Presiden Umno itu malah pelbagai pihak juga mengatakan langkah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perkat dengan cara pembubaran DUN. - azm _

Najib punca kemelut Perak!

Najib punca kemelut Perak!
Nyza Ayob
Sun | May 17, 09 | 10:35:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .

Bagaimanapun Najib dalam kenyataannya pada 15 Mei lalu menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.

"Krisis perlembagaan di Perak berpunca apabila Najib sendiri mengenepikan undang-undang. Jika betul beliau mengatakan Barisan Nasional berhak berkuasa di Perak dan mempunyai majoriti, sidang Dun harus diadakan dan perkara tersebut harus dibawa ke dewan dan adakan undi tidak percaya.

"Namun beliau menyembunyikan tiga orang Adun tersebut. Sebab itu saya mengatakan Najib seorang yang rakus dan tamak. Beliau tidak boleh menafikan penyebab krisis di Perak kerana berlaku pengambilan kuasa di Perak yang dipilih oleh rakyat,"tegasnya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Jelas Ahmad, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan tiga orang Adun yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang berstatus sebagai Adun Bebas adalah Adun BN.

"Apabila diadakan undi tidak percaya di dalam dewan nanti, kita boleh tunjukkan surat janji ketiga-tiga mereka yang menyokong kerajaan campuran tiga parti ini dan menyokong Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar. Perjanjian ini secara bertulis. Dan sudah tentu ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat tangan menyokong pada pihak BN.

"Ini kerana jelas mereka akan mungkir janji kepada Sultan. Dan dengan sendiri mereka boleh dikaitkan menderhaka kepada Sultan. Jadi implikasinya banyak," katanya.

Sehubungan itu beliau tetap berpendirian Najib yang memulakan serta punca kemelut yang berlaku di negeri Perak itu. - mks.

Sunday, May 17, 2009

Isu Perak: Husam jumpa pimpinan BN

Isu Perak: Husam jumpa pimpinan BN
Harakahdaily
Sun | May 17, 09 | 5:59:00 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) -Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti.

"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.

"Tapi kalau dia nak datang atas kapasiti parti, kena dapat mandat parti dialah," katanya dalam satu sidang media di pejabat Harakah semalam.

"Kita mesti bersama untuk menubuhkan satu barisan untuk mendesak pembubaran DUN Perak," katanya.

Kemelut politik di Perak yang berlanjutan sejak Februari lalu, telah mendapat reaksi daripada beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional antaranya dari MCA dan Gerakan yang mahukan DUN Perak dibubarkan.

Tengku Razaleigh adalah antara pemimpin Umno yang mahukan pembubaran DUN Perak untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Lajnah Politik PAS, tambah Husam, bersetuju diadakan usaha menyatukan semua pihak yang mahukan pembubaran DUN Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri tersebut.

Ditanya sama ada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain telah dimaklumkan mengenai hasrat tersebut, Husam berkata:

"Pemimpin Pakatan telah dimaklumkan. Tetapi masa perundingan itu berlaku, saya terpaksa pulang tergesa-gesa ke Kota Bharu, saya belum tahu apa maklumat dalam perbincangan tersebut.

"Tetapi saya rasa pada umumnya ia tidak ada halangan," katanya.

Selain bekas presiden parti Semangat 46 itu, tambah Husam, beliau juga akan bertemu dengan Timbalan MCA, Dr Chua Soi Lek, dan pemimpin Gerakan yang turut mendesak agar DUN Perak dibubarkan. - mks.

Hadapi pembubaran Dun Perak, Petugas PAS diarah bersedia

Hadapi pembubaran Dun Perak, Petugas PAS diarah bersedia
Hashim Abdullah
Sun | May 17, 09 | 8:30:41 am MYT

TEMERLOH, 17 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Petugas PAS di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Perak yang berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Arahan diberikan Tuan Ibrahim dalam program penerangan PAS Temerloh, di Markas PAS Cempaka, dekat sini, baru-baru ini.

Tuan Ibrahim amat bimbang dengan situasi yang berlaku di Perak yang memerlukan semua pihak dalam parti bersiap sedia untuk diarahkan pada bila-bila masa.

"Petugas PAS perlu bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. Pilihanraya kecil Dun Perak kali ini jika ada adalah pilihan raya kecil berbeza dari sebelumnya kerana ia dijangka melibatkan pembubaran DUN Perak.

"Keperluan persiapan petugas lebih besar dari sebelumnya. Saya harapkan setiap ahli melakukan pengorbanan yang termampu. Bila masa untuk kita diminta bertugas kita segera berangkat,"katanya. - mks.

Friday, May 15, 2009

Rakyat hakim terbaik selesai krisis Perak

Rakyat hakim terbaik selesai krisis Perak
Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | May 14, 09 | 4:45:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Hanya rakyat yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan krisis politik di Perak, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Image
Hadi menegaskan PAS tetap dengan pendirian mahu Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

"Hanya rakyat yang boleh menjadi hakim dan membuat keputusan kerajaan mana yang mereka mahukan bukan mahkamah.

"Kerana itu tiada jalan lain untuk menyelesaikan krisis di Perak kecuali Dun dibubarkan.

"Jika krisis ini dibiarkan berterusan ianya akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini," tegas beliau kepada media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dekat sini sebentar tadi. Image
Mengulas mengenai kenyataan Najib yang sedia untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Hadi menegaskan PAS tidak akan menolak sebarang rundingan tetapi tetap berpendirian mengesa pembubaran Dun.

PAS, tegas Hadi bersedia mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Perak dilanda kemelut politik BN merampas pentadbiran Pakatan Rakyat secara haram dengan tidak meneghormati pilihan yang telah dibuat rakyat Perak selain tidak menghormati undang-undang tubuh negeri Perak.

Ekoran rampasan kuasa itu Sultan telah meminta Menteri Besar Pakatan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melepaskan jawatan menteri besar.

Baginda kemudiannya memperkenankan pelantikan Menteri Besar haram Dato' Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar yang baru.

Bagaimanapun pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Esoknya, Zambry mendapat perintah penangguhan penghakiman tersebut sehingga selesai rayuannya.

Semalam, Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut, yang akan didengar Isnin ini. - mks.

Harapan baru atasi krisis Perak?

Harapan baru atasi krisis Perak?

PETALING JAYA: Krisis politik Perak yang berusia lebih 100 hari menuju harapan baru untuk penyelesaian menerusi rundingan di sebalik siri kes mahkamah dari pelbagai hala?

Sejak minggu lalu, parti-parti politik sudah mula memperlihatkan kesediaan untuk berbincang bagi menamatkan kemelut semasa yang bermula hujung Januari lalu.

Tiga pendapat penting semalam dilihat boleh membuka laluan ke arah itu, sekali gus menamatkan situasi semasa yang digambarkan sebagai "acara musical chair". Tetapi persoalan sama ada ia akan menjadi realiti, sekali gus membuahkan harapan ramai?

NAJIB: BN SEDIA BINCANG

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengulangi kesediaan untuk berbincang dengan mengatakan bahawa pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus.

Najib yang mengambil alih kepimpinan negara ketika diselubungi krisis politik Perak awal bulan lalu memberitahu, keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Malah Najib juga menekankan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

"Kita sedia berdepan dengan rakyat," kata beliau di Putrajaya semalam.

Krisis politik Perak bermula dengan tindakan lompat-melompat parti pada hujung Januari lalu dan disusuli dengan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan Pakatan.

Ia membawa kepada beberapa kes mahkamah termasuk langkah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempersoalkan kesahihan status Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

PENDIRIAN PAKATAN

Beberapa jam selepas reaksi Najib yang juga Presiden Umno itu, Pakatan Rakyat pula menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan BN.

Namun mereka telah menetapkan pendirian bahawa krisis politik Perak perlu dikembalikan kepada rakyat untuk penyelesaian.

Ia diputuskan pada pertemuan khas Pakatan - gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS itu di Kuala Lumpur.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan membubarkan DUN Perak bagi mengadakan pilihan raya kecil yang adil.

“Pendirian kita jelas krisis politik di Perak hanya boleh diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih, dan bukan pihak istana atau mahkamah yang menentukannya.

“Majlis Pimpinan Pakatan mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak.

"Kita bersedia untuk berjumpa dan kita harap perjumpaan itu akan diadakan secepat mungkin,” kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Anwar menambah, Pakatan tidak bercadang untuk membincangkan agenda mengenai penubuhan kerajaan campuran di Perak dalam perbicangan bersama Najib.

“Kita mengharapkan kerjasama dalam bentuk menghormati Perlembagaan, kerjasama undang-undang dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukannya,” katanya.

Malah kata beliau, mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

“Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik termasuk beberapa pemimpin BN, Yang Dipertua Dewan Negara, dan pelbagai pihak lain berpandangan bahawa membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihan raya yang baru merupakan cara terbaik untuk mengatasi kemelut di Perak," katanya.

Ketika ditanya apakah matlamat pertemuan itu diadakan kerana Najib telah menegaskan bahawa kuasa untuk membubarkan DUN Perak terserah kepada kuasa Sultan Perak, Anwar berkata:

“Kita akan bagi pandangan kita, kalau dia (Najib) nak bagi pandangan dia kita akan dengar. Kita adakan dulu perjumpaan. Selepas itu kita akan maklumkan kepada anda (wartawan)."

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, sudah sampai masa untuk menyelesaikan krisis politik Perak kerana ia melibatkan kestabilan politik Malaysia.

Beliau juga memberikan pandangan sedemikian pada 9 Mei lalu yang disambut dengan reaksi Najib dan Anwar.

"Krisis politik Perak tidak boleh diselesaikan dalam mahkamah dan rakyat perlu diberi kuasa untuk menentukannya.

"Najib yang memulakan rampasan kuasa di Perak jadi beliau perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian dalam isu tersebut.

"Saya rasa semua pemimpin BN harus bertanggungjawab terhadap krisis politik Perak kerana mereka sebahagian daripada BN. Saya bangga bila ada suara-suara datang daripada pemimpin Umno, Gerakan dan MCA menyokong DUN Perak dibubarkan," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik Perak hanya akan dapat diselesaikan dengan kerjasama daripada kedua-dua pihak.

“Mengikut amalan demokrasi, mahkamah rakyat adalah yang paling tinggi. Sekarang sudah ada pandangan daripada semua pihak mahu mengembalikan kuasa memilih kerajaan di Perak diberikan kepada rakyat. Kita lihat ini pandangan majoriti dan jika tidak ia akan berlarutan,”katanya.

Ahad lalu, Anwar berkata, Pakatan tidak pernah menolak ruang untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Umno dan BN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, tidak ada alasan untuk pakatan pembangkang menolak niat baik mana-mana pihak yang mahu mengadakan perbincangan demi kepentingan rakyat.

Pada hari yang sama, Najib ketika berada di Pekan berkata kerajaan BN sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Perdana Menteri berkata, kerjasama kedua-dua pihak mestilah menjurus kepada saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan mematuhi undang-undang negara.

KOMEN TUN MAHATHIR

Di Cyberjaya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Nizar jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?

"Tapi itu hanya pandangan saya, saya tak buat apa-apa kajian... ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis politik kedudukan Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.

"Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak. Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa... ini macam permainan musical chair... ia tak baik," katanya.

Bubarkan sahaja DUN PERAK, penat tengok kemelut politik Perak ni. Lepas ni pakat2 fikir ler, jangan dok lompat2 parti lagi, tunggu jer pilihanraya ke-13.

Thursday, May 14, 2009

Najib, Umno dan BN patut malu!

Najib, Umno dan BN patut malu!
Bashir Ishak
Thu | May 14, 09 | 12:39:10 pm MYT

KANGAR, 14 Mei (Hrkh) - Pemimpin Umno dan BN harus memohon maaf dan bersifat malu dengan perbuatan mereka merampas kuasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak Februari lalu.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim berkata Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang bertanggungjawab ke atas peristiwa rampasan kuasa itu perlu menginsafi bahawa perbuatannya itu sebenarnya telah membelakangi undang-undang.

"Beliau menyatakan institusi perundangan itu adalah adil. Kenyataan ini hanyalah mahu membersihkan imejnya yang buruk kerana perbuatan merampas kuasa dulu berselindung di sebalik ugutan dan rasuah.

"Baru-baru ini semasa kekecohan di sidang Dun Perak, Najib mendakwa Adun Pakatan tidak hormati undang-undang, tapi perbuatan merekalah yang sebenarnya membelakangi undang-undang.

"Mereka haruslah malu dengan perbuatan itu kerana ternyata keputusan mahkamah berpihak kepada pihak yang benar," ujarnya.

Hairy berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. - mks._

Wednesday, May 13, 2009

Nizar dijadual ke KL, DAP akan buat laporan polis berhubung insiden Dun Perak

Nizar dijadual ke KL, DAP akan buat laporan polis berhubung insiden Dun Perak
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | May 13, 09 | 11:59:51 am MYT

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dijadualkan ke Kuala Lumpur petang ini bagi menghadiri forum di Petaling Jaya malam ini.

Menurut Setiausaha Politiknya, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Nizar akan menyertai forum itu bersama beberapa panelis lain bagi membincangkan pergolakan politik di Perak.

Sementara esok, Nizar juga akan menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut difahamkan berhubung strategi terkini selepas isu Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Perak semalam, langkah seterusnya masih belum diputuskan memandangkan peguam Nizar masih memperhalusi tindakan seterusnya.

Setakat ini kata Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang Pakatan Rakyat masih menunggu 'signal' dari peguam dan perkembangan seterusnya.

Sementara di pihak DAP pula, dikhabarkan akan membuat laporan polis terhadap insiden di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Namun, isu spesifik yang dilaporkan masih belum diketahui.

Sementara di Perak, situasi seperti biasa rakyat mula bekerja dan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat Menteri Besar terus dikawal rapi oleh pasukan simpanan persekutuan (FRU).

Semalam, Mahkamah Rayuan pada 12 Mei membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Sementara sehari sebelumnya, ( 11 Mei), Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Berikutan keputusan itu, tokoh DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat akan memfailkan segera rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah penangguhan.- wann/mks.

Beri hak rakyat pilih kerajaan Perak - Suhakam

Beri hak rakyat pilih kerajaan Perak - Suhakam
Harakahdaily
Wed | May 13, 09 | 10:29:02 am MYT

KUALA LUMPUR 13 Mei (Hrkh) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman yang dipetik daripada agensi berita.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat,"kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak,"kata Abu Talib.- azm _

Runding krisis Perak: Syarat Najib tak waras

Runding krisis Perak: Syarat Najib tak waras
Abdul Aziz Mustafa
Wed | May 13, 09 | 3:22:25 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyelar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kerana meletakkan syarat yang tidak waras sebelum berunding dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Najib kata, kita (PR) seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apa-apa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Suruh kita jangan letak syarat sebenarnya adalah satu syarat, iaitu syarat yang tidak waras," kata beliau.

Mohamad berkata, orang gila pun tidak berani melakukan apa yang dikehendaki Najib itu.

"Orang berunding kerana dia ada sesuatu yang dikehendaki atau ingin dipertahankan. Apa yang dikehendaki atau ingin dipertahankan itulah yang menjadi syaratnya.

"Kalau terkam meja perundingan tanpa syarat, itu bukan berunding. Itu serah tengkuk untuk disembelih namanya. Orang gila pun tak berani serah tengkuk untuk disembelih," tegas beliau.

Ditanya mengenai penyelesaian krisis di Perak, Naib Presiden PAS itu berkata, satu-satunya jalan penyelesaian ialah dengan mengadakan semula pilihan raya di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka mahu.

Mohamad seterusnya mengecam kenyataan Najib yang membayangkan ketidaksediaannya mengadakan pilihan raya baru di negeri itu.

"Najib lebih suka budak-budaknya yang gila kuasa merempit dengan kuasa yang melanggar undang-undang di Perak.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata pengambilalihan kuasa oleh BN di Perak bertentangan dengan undang-undang. Maknanya apa sahaja yang lahir dari pengambilalihan kuasa yang bertentangan dengan undang-undang itu adalah bertentangan dengan undang-undang juga.

"Tengku Razaleigh (Hamzah) pula kata kerajaan yang diketuai (Dato' Seri Dr) Zambry (Abdul Kadir) adalah haram sejak dari awal lagi dan kesemua keputusan dan kontrak yang dibuat oleh kerajaan itu tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Mengambilkira pandangan-pandangan itu, Mohamad menyeru rakyat "memberikan isyarat yang lebih jelas menurut lunas undang-undang negara ini untuk menghentikan kedegilan mat-mat rempit gila kuasa itu dari terus merempit dengan kuasa haram mereka".

"Selagi mat-mat rempit gila kuasa itu terus merempit dengan kuasa haram mereka, rakyat Perak khususnya patut mempertimbangkan tindakan menurut lunas undang-undang negara ini contohnya terus memakai baju hitam sebagai tanda bantahan terhadap apa yang disebut oleh Tengku Razaleigh sebagai kerajaan haram Perak itu," katanya. - mks.

Krisis Perak : Isi hati rakyat Perak hanya mahukan pembubaran Dun!

Krisis Perak : Isi hati rakyat Perak hanya mahukan pembubaran Dun!
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | May 12, 09 | 11:34:34 pm MYT

(Analisis) : Krisis di Perak kembali rumit dan sempit, keputusan mahkamah yang umpama di 'remote' oleh Umno/BN mempermainkan semula jiwa dan denyut nadi rakyat.

Dalam masa sehari, mahkamah mudah diskripkan dengan memutar semula wajah demokrasi yang sebenar, rayuan Dr Zambry Kadir dengan pantas diproses dan diterima Mahkamah Rayuan dalam masa satu jam sahaja.

Walhal,secara amalan biasanya rayuan itu juga perlu tempoh tertentu untuk diputuskan perihal lulusnya dengan prosedur yang kepada 'orang biasa' akan menjafdi rumit.

Namun bagi Zambry yang juga proksi kepada Najib Tun Razak di Perak dalam 'program realiti bertajuk rampasan kuasa di Perak' mahkamah akan memudahkan rayuannya tidak seperti rakyat biasa yang lain.

Hanya sejam sahaja diperlukan Zambry yang menerima mandat Presiden Umno untuk mengemudi Umno di Perak untuk memutarkan semula skrip yang sedang bergelandangan di Perak.

Tindakan itu menyebabkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang mengesahkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah 'tergantung' sementara, dan Zambry pula selaku MB 'perampas' kembali mahu duduk dikerusi empuknya dengan bantuan 'jalan pintas'.

Nizar hanya duduk di kerusi MB pada 12 Mei setakat beberapa jam dan sempat hadir dalam Majlis Pengurniaan Pingat di Istana Iskandariah bersama Sultan Perak.

Namun, ketokohan Nizar selaku pejuang rakyat terserlah, tanpa ada rasa 'lokek' kepada kuasa, beliau dengan rendah diri mengosongkan semula pejabat MB yang baharu sahaja dimasuki semula 12 Mei.

Benar kata Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah bahawa rakyat Perak kini mula curiga dan sangsi mahkamah hanya diperguna untuk kepentingan kuasa BN.

Mahkamah hanya menjadi ladang kepada kerakusan nafsu BN untuk melakukan apa sahaja walau ianya sah bertentangan dengan perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

Ketegangan kini hanya boleh diselesaikan dengan kembali kepada rakyat, bak kata Nizar dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang bahawa pembubaran Dun adalah jalan terbaik.

Hal ini juga dipertegaskan Ahli Parlimen BN Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman

Usah dibodohkan kenyataan Ku Li dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Ku Li berpendirian sidang DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," kata Ku Li.

Pastinya dalam kemelut ini, Sultan Perak adalah jawapan yang paling dekat kepada konflik ini untuk segera ditamatkan.Kuasa yang ada di tangan baginda adalah jalan penyudah, cadangan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mudah, dua MB ini dipanggil mengadap Sultan Perak.

Tumpuan hanya satu, dua dua perlu akur akan penyelesaian hanya di gelanggang pilihan raya semula dan bukannya intepretasi undang-undang yang berbeza.

Kini rakyat menanti keazaman Sultan Perak untuk menamatkan segera sengketa ini dengan memperkenankan pembubaran Dun bagi membolehkan rakyat memilih semula wakil rakyat dan kerajaan secara sah./wann

Krisis di Perak sudah jadi politik kartun

Krisis di Perak sudah jadi politik kartun
Zuharman MN
Tue | May 12, 09 | 7:19:51 pm MYT

PASIR PUTEH, 12 Mei (Hrkh) - Petang semalam Dato' Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tiba-tiba petang ini pula Dato' Dr Zambry Abdul Kadir diberi semula jawatan itu.

Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.

Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.

Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.

"Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar.

"Tetapi hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Tidakkah ini seperti kartun yang ditertawakan orang luar," katanya ketika ditemui di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali yang mendengar permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad berkata, mahkamah bukan lagi jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di Perak sekarang.

"Ini kerana dari awal lagi krisis di Perak berpunca daripada sikap rakus pemimpin Umno selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, BN terlalu takut kehilangan kuasa yang dirampas Febuari lalu apabila segera membuat rayuan bagi menghalang keputusan dibuat Mahkamah Tinggi.

"BN perlu menyedari keangkuhan dan kerakusan akan membawa padah. Sepatutnya mereka lebih profesional sebelum bertindak merampas Perak dahulu," ujarnya.

Menurutnya impak daripada rampasan kuasa tersebut secara jelas menyebabkan suasana di Perak tidak lagi tenteram.

Bagaimanapun kata beliau peluang untuk kembali landasan asal masih ada sekiranya diberi semula kepada rakyat bagi menentukan hak mereka sebagai pemilih. - mj

Tuesday, May 12, 2009

Ceramah 'Krisis Perak' di Stadium Melawati, 16 Mei

Ceramah 'Krisis Perak' di Stadium Melawati, 16 Mei
Saidah Hairan
Tue | May 12, 09 | 1:09:24 pm MYT

SHAH ALAM, 12 Mei (Hrkh) - Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Selangor akan mengadakan ceraman perdana 'Krisis Perak, Demokrasi Tercabar' di Stadium Melawati pada Sabtu 16 Mei ini.

Ceramah besar-besaran itu bertujuan memberi penerangan mutakhir berhubung situasi di Perak terutama selepas rampasan kuasa di Perak.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin, Speaker Sivakumar merupakan penceramah istemewa pada malam itu. Turut berceramah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Gobala Khrishnan (KeADILan) dan Ronnie Liu (DAP).

JPN Selangor mengharapkan kupasan krisis Perak ini mampu memberi iktibar serta pengajaran kepada seluruh pendukong Pakatan Rakyat untuk tidak alpa dengan setiap permainan musuh BN, serta diberi kekuatan mental dan strategi yang amat kukuh di dalam memerintah 5 negeri pada masa ini.

Sebarang pertanyaan untuk tempahan gerai pada malam itu hubungi Firdaus 019-3885792 atau Khairul 012-6519014. - mns

Maruah Presiden Umno tergadai di Perak

Maruah Presiden Umno tergadai di Perak
Zuharman MN
Tue | May 12, 09 | 11:55:15 am MYT

KOTA BHARU, 12 Mei (Hrkh) - "Mana hendak letak maruah Umno dan presidennya sekarang," kata seorang pakcik sambil minum pagi di sebuah kedai roti canai di pinggir bandar pagi tadi.

Tiada topik hangat melainkan isu Dato' Seri Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco kerajaan kudeta terpaksa meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan negeri, selepas hanya lebih tiga bulan bergelar Menteri Besar.

"Segalanya bermula dengan rampasan kuasa secara haram 5 Febuari lalu. Zambry hanya menjadi kambing hitam kepada Dato' Seri Najib Razak yang menjadi dalang dalam isu di Perak," kata pakcik tadi.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Konflik politik di Perak dibawa ke mahkamah selepas Umno yang diketuai Najib merampas kuasa pada 5 Febuari lalu, selepas berjaya mempengaruhi tiga bekas Adun Pakatan Rakyat.

Mengulas isu yang sama, bekas Naib Ketua Umno Kubang Kerian, Dato' Mohamad Ghani berkata, Umno Perak telah dinasihati barisan peguam secara salah sehingga sanggup merampas kuasa rakyat di Perak.

"Penasihat yang mempunyai sifat bodek atau suka mengampu tidak layak untuk duduk kerusi itu kerana ia boleh menyebabkan huru hara seperti berlaku di Perak sekarang.

"Umno perlu terima hakikat keputusan mahkamah memihak kepada Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah," katanya di sini tanpa mendedahkan siapa peguam Umno terbabit.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia berkata, Umno perlu melantik penasihat yang jujur dan berkemampuan menasihat perkara sebenar dan bukannya menangguk di air keruh.

Malam tadi Menteri Besar Perak menggantungkan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang, Dato' Ahmad Kamal Shahid.

Tindakan tersebut adalah antara enam langkah segera yang diumumkan Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. - mj _

Monday, May 11, 2009

Krisis Perak: Nizar, Sivakumar di Markas Tarbiah malam ini

Krisis Perak: Nizar, Sivakumar di Markas Tarbiah malam ini
Harakahdaily
Mon | May 11, 09 | 1:03:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dan Speaker Dun Perak, V Sivakumar akan berucap dalam satu majlis ceramah umum mengulas kemelut politik Perak di Markas Tarbiah PAS, Taman Melewar, dekat sini, malam ini.

Ceramah yang bermula jam 9.30 malam itu dianjurkan Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Setiausaha Dun Perak, Misbahul Munir Masduki akan turut berucap.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula akan mengulas krisis politik negeri itu dari perspektif undang-undang.

Jurucakap program, Mohd Zain Hashim menasihati orang ramai supaya datang awal bagi mengelak kesesakan.- tajdid