Thursday, July 2, 2009

HARAKAHDAILY : KHAMIS 02 JULAI 2009

Merdekakan ekonomi negara!
Nyza Ayob

2009-07-02 07:04:26
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru AbdulHadi Awang (PAS- Marang) berpandangan ekonomi negara ini perludimerdekakan dan tidak lagi bergantung kepada Dolar Amerika...



Rais patut tukar kepada siaran langsung ulasan Parlimen
Sebagai langkah supaya tidak mengelirukan satu Malaysia dan rakyat didahulukan maka sebaiknya Menteri Penerang

Mesti tegas, jika libatkan dasar Islam
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Para pemimpin atau pendakwah Islam mestilah tegas dalam menyampaikan serua

Nik Aziz hantar surat pelawaan debat kepada Najib hari ini
KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) � Biar pun Dato' Seri Najib Razak menolak pelawaan untuk berdebat dengan Tuan

Himpunan Mansuhkan ISA dilancarkan
KELANA JAYA, 2 Julai (Hrkh) - Himpunan Mansuhkan Akta ISA telah dilancarkan kelmarin dalam satu maj

Tolak debat, bimbang PAS bogelkan dasar Umno
DEBAT terbuka antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Da

Taktik lapuk ugut pengundi diteruskan BN
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkkh) - Barisan Nasional (BN) akan tetap menggunakan taktik lapuk seperti

Pemuda PAS sedia debat bila-bila masa
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nashrudin Hassan Tantawi men

'Sivakumar masih Speaker yang sah' - bekas Hakim Mahkamah Rayuan
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan memberitahu bahawa V. Sivakumar akan

Ujian air liur pelancong yang ada simptom selesema
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Pelancong asing dan tempatan yang tiba dari luar negara perlu menjalankan

Isu perbankan Islam perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Nasharudin Mat Isa (PAS- Bachok) mengharapkan isu-isu berkaitan perb

Wednesday, July 1, 2009

HARAKAHDAILY : RABU 01 JULAI 2009

Presiden PAS tempelak BN, cuba pecah-belahkan Pakatan Rakyat
Muhammad Arif Ismail
2009-07-01 09:07:32
KELANA JAYA, 1 Julai (Hrkh)- Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menempelak usahayang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Umno untukmewujudkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat...




Pemuda PAS sangkal laporan ada kerjasama dengan Umno
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasam

Penduduk Manek Urai lebih senangi pemimpin 'akar umbi'
KUALA KRAI, 1 Julai (Hrkh) - Persaingan di antara PAS dan Umno di Manek Urai kini semakin rancak. Masing-

Mahkamah tangguh dengar permohonan tuntutan dokumen Anwar Jumaat ini
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Permohonan tuntutan dokumen berkaitan kes liwat Ketua Umum Parti KeADILan

Kerajaan juga dinasihatkan hormati hak hasil bumi gas dan minyak - Kamarudin Jaffar
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Keputusan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menanggugkan pemb

Ahli Parlimen PAS akan adakan 'perkampungan' di Manik Urai - Mahfuz
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Ahli-ahli Parlimen PAS akan adakan program berkampung selama tiga hari d

Fauzi tepati kriteria, kehendak akar umbi Manik Urai - Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Pemilihan Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah selaku calon PAS

Tiga klip video: Rosmah perlu bersihkan imej
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) -Sebagai wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi liabili

Kaji semula PLKN ekoran insiden kematian
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Kerajaan didesak mengkaji semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negar

Hutang hospital RM3 juta: Kerajaan BN cuai mentadbir
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Tindakan pekerja asing yang lari daripada membayar berhutang sebanyak RM3.

Tuesday, June 30, 2009

HARAKAHDAILY : SELASA 30 JUN 2009

Rakyat dijemput jayakan "Himpunan 100,000 rakyat" di Stadium MBPJ malam ini
Wan Nordin Wan Yaacob
2009-06-30 10:26:37
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Rakyat terutamanya penyokongPakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan himpunan100, 000 rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Majlis BandarayaPetaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam ini...





Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang m

Jangan harap Najib hendak berdebat
Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas teru

PAS kekal menang di Manek Urai
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yakin PAS akan mengekalkan ke

Konsep '1Kelantan' diperkenal sejak 1990
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksana kerajaan Kelantan sejak 1990 ter

Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun PM sudah tolak
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato� Seri Najib Razak,

Influenza A H1N1: 20 kes baru, jumlah 144 kes
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Sebanyak 20 lagi kes baru Influenza A (H1N1) dikesan semalam iaitu 16 darip

Tangguh bentang pindaan RUU Kekeluargaan Islam , keputusan Majlis Raja Melayu dialukan
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Keputusan Majlis Raja-raja Melayu supaya kerajaan menangguhkan pembentang

Ucapan Ketua Pembangkang, rang undang-undang Siap
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Berikut adalah teks penuh ucapan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permat

Istilah baru BN ialah 'Bini Najib'
NIBONG TEBAL, 30 Jun (Hrkh)BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terba

'Tradisi Umno gemar tabur 1,000 janji' - Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai perlu memilih s

Tugas Dun Bangi perkasa Pakatan di selatan Selangor
BANGI, 30 Jun (Hrkh) - Dewan Undangan Negeri (Dun) Bangi bakal memperkuatkan bahagian selatan Selangor de

Saturday, May 30, 2009

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

Mohd Sabri Said
Sat | May 30, 09 | 1:40:46 pm MYT

PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.

Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.

Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.

Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. - mns

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun

Basiron Abdul Wahab
Sat | May 30, 09 | 3:51:44 pm MYT

TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara berperingkat mulai 9 Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya Manek Urai ini amat penting untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang di perintahnya, lebih-lebih lagi di Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS.

"Pilihan raya ini penting untuk Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di Kelantan, kubu kuat PAS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri di pejabatnya.

Beliau berkata, Umno dijangka akan bertanding melawan PAS di Manek Urai itu kerana parti itu beranggapan pilihan raya kecil Manek Urai bukan suatu pembaziran berbanding pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Katanya persepsi berbeza Umno itu memperjelaskan strategi memboikot pilihan raya kecil di Penanti bukanlah disebabkan isu pembaziran sebagaimana disebut-sebut Umno sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS Pahang telah mengarahkan PAS kawasan-kawasan menyediakan petugas untuk berjuang di Manek Urai bersama petugas dari negeri-negeri lain.

"Kita menjangka kira-kira 300 orang anggota parti akan bertugas di Manek Urai itu mengikut giliran yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Negeri," katanya.

Ditanya mengenai persiapan beliau untuk Muktamar PAS Pusat di mana beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

"Perwakilan bebas memilih dan dipilih, kita tiada apa-apa kempen untuk merebut jawatan (walaupun kempen itu dibenarnya selagi ia berada diatas landasan yang sihat).

"Saya menerima pencalonan kerana menghurmati hasrat kawasan-kawasan yang mahukan saya bertandang jawatan berkenaan dalam muktamar kali ini," ujarnya.

Selain Tuan Ibrahim, dua lagi tokoh PAS Pahang yang bertanding di peringkat pusat ialah Ustazah Azizah Khatib Mat dan Dr Hamzah Jaafar. - mns

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

Roy Rasul
Sat | May 30, 09 | 2:31:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin berkata PAS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada 14 Jun depan.

Ini katanya, ia merupakan kubu kuat PAS bahkan PAS menang beberapa kali dalam pilihan raya umum di situ.

Tambahan pula ujarnya sentimen rakyat masa kini yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Sebaliknya beliau berkata, banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi kedua-dua faktor ini saya ingat tidak ada masalah bagi PAS untuk menang dengan majoriti yang lebih besar.

"Dan mungkin kalau alasan yang diberikan BN di Penanti itu membazirkan wang dan sebagai, maka ini pun baik juga jika mereka tidak bertanding sebab kemungkinan kalah itu sangat besar," katanya semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

Namun katanya, adat orang yang bertanding Umno akan berasa mereka boleh berjaya walaupun secara peribadi mereka rasakan sukar untuk menang.

Untuk pengetahuan umum katanya, sudah pasti Umno akan mendakwa mereka ada harapan untuk menang.

"Ini sesuatu yang biasa, mana-mana juga termasuk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, memang itu yang dikatakan mereka," ujarnya sambil mendakwa, lazimnya di mana-mana pun akan diperkatakan Umno.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Dalam pada itu kata Ghazali berkata, buat masa ini beliau tidak nampak sebarang masalah dihadapi PAS.

Melainkan katanya, pihak lawan PAS permainkan isu dalaman PAS antaranya ulama, bukan ulama, Erdogan dan sebagainya.

"Malah itu yang dipermain-main kemudian akan juga permainkan isu rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Seperti mana isu di Penanti dibesar-besarkan isu calon Bebas, Aminah Abdullah dan sebagainya.

"Ini hendak menunjukkan dalam Pakatan Rakyat pun ada rasuah, ugutan dan sebagainya, maknanya PAS bersekongkol dengan orang-orang ini," dakwanya.

Bagaimanapun dakwanya, isu dalam PAS sendiri mungkin orang akan melihat isu Erdogan dan sebagainya yang kononnya berlaku perpecahan.

Apapun katanya, pada pengamatannya PAS tidak ada masalah.

Menyentuh mengenai keghairahan Umno untuk bertanding di Manek Urai, beliau berpandangan, senarionya berbeza kerana di Penanti Adunnya meletak jawatan.

Kerana itu katanya, Umno menganggap sebagai permainan politik Pakatan Rakyat.

Sebaliknya di Manek Urai itu meninggal dunia, mesti diadakan pilihan raya.

Kerana itu katanya, tidak pelik berlaku masalah perebutan dalam Umno untuk bertanding sejurus parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di Manek Urai.

"Setiap yang bertanding itu berasakan mereka ada harapan untuk menang jadi kalau ada perebutan dalam Umno satu perkara biasa," katanya. - mns

Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai

Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai
Roy Rasul
Sat | May 30, 09 | 1:53:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu di Pagoh, Johor iaitu kawasan parlimen Menteri Pelajaran, Tan Seri Muhyiddin Yassin akan dibawa di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pula, kata Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI, Hasni Abas.

Katanya kepada Harakahdaily semalam, kempen yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara Dato' A Samad Said dan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dalam sebuah majlis ceramah untuk mencapai bilangan sejuta poskad itu diminta sendiri Ketua Pemuda PAS, Kuala Kerai, Kelantan.

"Insya-Allah, selagi kempen tersebut tidak dibatalkan kami akan teruskan ke Manek Urai yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 14 Julai depan," katanya.

Beliau berkata pada bulan Jun ini mereka akan melancar kempen tersebut di kawasan Lembah Kelang pula.

Menurutnya sejak dilancarkan kempen tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun poskad tersebut dijual dengan harga seringgit sekeping.

"Kita akan teruskan misi kita dan akan memberi pemahaman kepada rakyat agar PPSMI dibatalkan," katanya.

Beliau berkata kempen itu bagi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) iaitu dengan tanda tangan rakyat sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu. - mns